suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nick Jonas dan Priyanka Chopra temui rumah idaman RM84 juta

Hasrat Nick tercapai beli rumah idaman demi keselesaan isteri, Priyanka.

PASANGAN selebriti Hollywood Nick Jonas dan Priyanka Chopra akhirnya menemukan rumah idaman mereka di kawasan Encino, Los Angeles. 

Memetik laporan Variety, kediaman baharu mewah mereka dianggarkan bernilai sekitar RM84 juta. 

Kediaman baharu Nick dan Priyanka berkeluasan 20,000 kaki persegi mempunyai tujuh bilik tidur dan sebelas bilik mandi. 

Rumah agam Nick dan Priyanka bernilai RM84 juta.

Ia dilengkapi dengan ruangan gimnasium berdinding cermin, tempat bermain boling dua lorong, teater filem dengan skrin IMAX dan gelanggang bola keranjang di dalam kediaman mereka. 

Sementara itu, jiran kediaman mereka yang tinggal di seberang jalan termasuklah pemain bola sepak Duane Brown, pelakon Joey Lawrence, dan barisan pelakon 'Real Housewives of Beverly Hills' Kyle Richards dan suaminya yang bergelar hartawan mewah, Mauricio Umansky. 

Sebelum ini, Nick pernah menjual rumah yang dibeli ketika bujang demi memberi keselesaan kepada isterinya, Priyanka. 

Kediaman lama di Beverly Hills itu dibeli pada April lalu dengan harga RM30 juta. - Variety

Nick Jonas, Priyanka Chopra

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia