suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selena Gomez jadi bahan jenaka melampau gara-gara berat badan meningkat

Selena menjadi bahan jenaka kerana berat badan yang semakin meningkat.

PENYANYI Selena Gomez berkata dia tidak mahu lagi berkongsi apa-apa kisah berkaitan kehidupan peribadinya kepada umum.

Ia gara-gara kritikan serta bahan jenaka melampau yang diterima selepas berat badannya naik mendadak akibat kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil kerana penyakit lupus yang dihidapinya itu.

"Sejujurnya saya terpaksa bergantung kepada ubat itu seumur hidup dan ia akan memberi kesan terhadap berat badan. Ubat itu membuatkan selera makan bertambah.

"Saya sedar apabila mereka mula mengkritik dan menjadikan saya bahan jenaka. Meskipun pahit untuk ditelan, saya sedar ia adalah realiti.

"Saya tak dapat nak halang apa yang mereka mahu katakan mengenainya," katanya.

Pengambilan ubat-ubatan memberi kesan terhadap berat badan Selena.

Lupus adalah sejenis penyakit berkaitan dengan imunisasi tubuh manusia.

Bukan sahaja pada fizikal, tetapi ia juga membawa pengaruh besar terhadap mental dan emosi.

Selena sebelum ini pernah mengumumkan untuk berehat daripada dunia seni selepas mengesahkan dia menghidap penyakit lupus pada tahun 2017 kerana ingin fokus terhadap keadaan kesihatannya dan mendapatkan rawatan.

Penyanyi lagu Who Says ini juga pernah menjalani beberapa sesi kimoterapi untuk merawat penyakit berkenaan. - Mirror.uk

Selena Gomez, Lupus

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia