Insiden Halloween, Rossa hormati pilihan Melly untuk 'unfollow' instagram - Bintang Global | mStar

Insiden Halloween, Rossa hormati pilihan Melly untuk 'unfollow' instagram

Rossa tidak mahu hubungan silaturahim terputus, hormati keputusan Melly 'unfollow' di Instagram.

SUSULAN insiden Haloween komposer Melly Goeslow berasa tersinggung dan berhenti mengikut laman sosial penyanyi Datuk Seri Rossa dan Bunga Citra Lestari.

Rossa berkata, dia menerima perkara itu dengan hati yang terbuka dan menganggap Melly mempunyai hak dan pilihan untuk berhenti mengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal dijadikan jenaka Halloween, Melly Goeslaw 'unfollow' Bunga Citra Lestari dan Rossa

Bagaimanapun, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 41, berkata, hubungan silaturahim antara dia dan penyanyi itu masih baik.

"Semua orang ada pilihan dan semua orang ada pemikiran masing-masing. 

"Pada pandangan saya, tak ada masalah asalkan hubungan silaturrahim masih terjalin dengan baik

"Mudah-mudahan hal seperti ini tak jadi masalah untuk masa akan datang. Maksudnya tak mahu putus silaturahim yang pasti," katanya

Rossa akui masih berkomunikasi dengan Melly.

Sebelum ini. sebuah video berdurasi 12 saat tular di media sosial memperlihat rakan selebriti seperti Rossa dan Bunga Citra Lestari tertawa dengan gelagat jurusolek artis, Bubah Alfian menggayakan baju bunga-bunga, berhijab dan lengkap dengan topi berwarna putih seperti yang selalu digayakan Melly. 

Dalam pada itu, Melly telah meluahkan rasa kecewanya apabila dia dijadikan mangsa buli dan bahan jenaka oleh rakan selebriti. 

Sementara itu, penyanyi Rossa yang terlibat dengan insiden tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram sambil menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran buatnya.

Tambah Rossa, dia mengakui masih berkomunikasi dengan penyanyi lagu Gantung itu menerusi aplikasi sosial media.

"Kami masih berhubung. Apa namanya persahabatan kalau sudah lama kawan," ujarnya. - Liputan 6

Rossa , Melly Goeslaw

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain