suria

Betul-betul macam oppa! Afgan nyanyi lagu sendiri dalam bahasa Korea, buat kejutan untuk peminat

Afgan menyanyikan lagunya sendiri berjudul Sudah dalam bahasa Korea.

PENYANYI Afgan mengadakan pertemuan istimewa bersama peminatnya di Seoul, Korea Selatan pada Jumaat lalu.

Menurut laporan Tribunnews, dalam pertemuan tersebut Afgan membuat kejutan untuk peminatnya dengan menyanyikan lagu dalam bahasa Korea.

Dalam persembahannya itu, Afgan menyanyikan lagu berjudul Sudah yang ditukarkan dalam bahasa Korea menjadi Gu Man.

Afgan bertemu peminat di Korea.

Idea untuk menyanyikan lagu Sudah dalam bahasa asing itu adalah atas cadangan seorang temannya yang berpendapat melodi pada lagu tersebut seakan-akan muzik Korea.

"Ceritanya begini, saya ada lagu berjudul Sudah... saya cerita kepada seorang kawan di Korea dan dia beritahu kenapa lagu itu tidak dinyanyikan dalam bahasa Korea.

"Katanya, melodi pada lagu itu sama seperti lagu-lagu Korea, jadi tak salah untuk cuba!," ujarnya.

Percubaan Afgan menyanyikan lagu dalam bahasa asing itu menerima pujian peminat yang hadir pada malam tersebut.

SUMBER: Tribunnews

Afgan

Artikel Lain