suria

Kesal dijadikan jenaka Halloween, Melly Goeslaw 'unfollow' Bunga Citra Lestari dan Rossa

Melly 'unfollow' Bunga dan Rossa di laman sosial Instagram.

GARA-GARA dijadikan bahan jenaka oleh rakan selebriti sewaktu pesta Halloween pada 30 Oktober lalu, komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw dikhabarkan tidak lagi mengikuti laman Instagram penyanyi Bunga Cinta Lestari dan Rossa pada Selasa. 

Memetik laporan Liputan 6, menerusi semakan yang dibuat Melly berhenti mengikuti laman sosial dua penyanyi itu sejak awal minggu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini tidak lucu, saya bukan hantu!” - Melly Goeslaw berang jadi bahan jenaka selebriti di parti Halloween 

Bagaimanapun, Rossa dan Bunga Cinta Lestari masih lagi mengikuti akaun Instagram komposer berkenaan.

Melly berang dijadikan bahan jenaka di parti Halloween.

Sebelum ini, sebuah video berdurasi 12 saat itu menyaksikan seorang jurusolek artis menggayakan baju bunga-bunga, berhijab dan lengkap dengan topi berwarna putih seperti yang selalu digayakan Melly. 

Dalam pada itu, Melly telah meluahkan rasa kecewanya apabila dia dijadikan mangsa buli dan bahan jenaka oleh rakan selebriti. 

Sementara itu, penyanyi Rossa yang terlibat dengan insiden tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram sambil menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran buatnya. 

"Hari ini aku dapat pembelajaran dalam hidup bahawa apa yang kita lakukan boleh menyebabkan rasa sakit orang lain meskipun tanpa menyedarinya. 

"Baru-baru ini ada sebuah insiden yang saya kesali kerana saya tidak sengaja menyakiti perasaan orang saya sayangi, sahabat saya sendiri," kata Rossa. - Liputan 6

Artikel Lain