suria

“Ini tidak lucu, saya bukan hantu!” - Melly Goeslaw berang jadi bahan jenaka selebriti di parti Halloween

Melly bengang gaya ditiru jurusolek di parti Halloween.

KOMPOSER Melly Goeslow meluahkan rasa marah dan dibuli apabila seorang jurusolek artis bernama Bubah Alfian yang berdandan ala dirinya pada parti Holloween pada Rabu lalu.

Menerusi laman sosial miliknya, Melly memuat naik sebuah posting penyanyi Vivi Aldiano yang memanggil nama Melly kepada jurusolek berkenaan.

Jurusolek itu turut mengayakan baju bunga-bunga, berhijab dan lengkap dengan topi berwarna putih seperti yang selalu digayakan Melly.

Penyanyi yang memuat naik video itu turut meletakkan pautan akaun Rossa dan Bunga Citra Lestari.

"Instagram saya tidak digodam, saya sedang marah, ya marah sangat!" ujar pada kapsyen Melly.

 

Rossa mohon maaf terlibat dengan insiden Holloween.

Video berkenaan membuatkan penyanyi lagu Jika itu berasa dipermainkan dan menjadi mangsa buli.

"Sebelum ini pesta kostum yang membawa nama saya, saya tidak pernah marah kerana ditampilkan dengan baik. Ini saya dijadikan bahan jenaka dan mangsa buli.

"Bagi saya ini tidak lucu sama sekali, ini bukan bergurau, biarpun semalam temanya kostum tapi tetap dalam rangka Holloween, saya bukan hantu!" ujarnya.

Sementara itu, penyanyi Rossa yang terlibat dengan insiden itu meluahkan kekesalan kerana telah menyakiti sahabatnya itu.

Dalam sebuah posting, Rossa berkata, dia menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran buatnya.

"Hari ini aku dapat pembelajaran dalam hidup bahawa apa yang kita lakukan boleh menyebabkan rasa sakit orang lain meskipun tanpa menyedarinya.

"Baru-baru ini ada sebuah insiden yang saya sesali kerana saya tidak sengaja menyakiti perasaan orang saya sayangi, sahabat saya sendiri," kata Rossa.

- CNN

Melly Goeslaw

Artikel Lain