suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Bo Mi semakin serius dengan penari balet, Yoon Jeon ll selepas 19 tahun berkenalan

Kim Bo Mi dan Yoon Jeon ll sudah lama berkawan dan kini hubungan semakin serius.

PELAKON Kim Bo Mi mengesahkan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penari balet yang pernah muncul dalam program siri Dancing 9 iaitu Yoon Jeon ll.

Memetik laporan Soompi, sumber terdekat agensinya ELRise memberitahu pasangan itu sudah lama berkawan dan kini hubungan mereka semakin serius. 

"Kim Bo Mi dan Yoon Jeon ll sudah lama mengenali satu sama lain sebagai rakan dan kemudian mereka bercinta. Sekarang ini, mereka dalam fasa hubungan yang serius," kata sumber.

Sebelum ini ada laporan mengatakan pasangan itu mula berkenalan sejak penghujung tahun 2000 dan Yoon Jeon ll pernah berkata ketika itu dia membantu lakonan Kim Bo Mi dalam drama Angel's Last Mission: Love.

Menerusi drama tersebut, Kim Bo Mi memegang watak sebagai Geum Nina, seorang penari balet yang mempunyai bakat dalam lakonan dan tarian.

Kim Bo Mi, Yoon Jeon ll

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia