Siti Badriah makan taugeh dan daging untuk hamil secara semulajadi

Siti Badriah mengamalkan sayur taugeh dan daging untuk hamil.

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti memiliki hasrat untuk menimang cahaya mata.

Begitu juga buat penyanyi dangdut Indonesia, Siti Badriah yang kini mengamalkan kaedah secara semulajadi dengan mengamalkan makanan seperti sayur taugeh dan daging untuk segera hamil.

Menurut Siti Badriah, dia dan suaminya, Krisjiana Baharudin percaya pemakanan yang sihat mampu membantu mereka mendapatkan zuriat tanpa bertemu doktor atau menggunakan kaedah tradisional.

"Kalau boleh biarlah kami berusaha dengan cara mengamalkan makanan yang boleh membantu untuk dapatkan zuriat terlebih dahulu.

"Buat masa ini kami berdua amalkan makan sayur taugeh dan daging-daging. Kalau Allah sayangkan kami, sampai masa Dia akan memberikannya juga.

"Tak kisahlah lelaki atau perempuan asalkan dapat anak, saya sudah cukup bersyukur. Tapi kalau dapat anak kembar yang sihat, Alhamdulillah!" katanya.

Siti Badriah dan suami enggan menjalani mana-mana program perubatan dalam masa terdekat.


Siti Badriah sebelum ini meluahkan hasrat untuk memiliki anak dalam masa terdekat.

Malah, dia juga pernah merancang untuk berjumpa pakar bagi menjalani program khas mendapatkan bayi kembar.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Lagi Syantik ini bertukar fikiran apabila enggan melakukan sebarang program perubatan yang mampu membantunya untuk hamil dalam masa terdekat.

Terdahulu, Siti Badriah sah bergelar isteri kepada Krisjiana Baharudin dalam sebuah majlis yang berlangsung secara sederhana di rumah penyanyi itu di kawasan Ciawi, Bogor, Jawa Barat, Indonesia pada 25 Julai lalu. - Liputan6.com

Siti Badriah, hamil

Artikel Lain