suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Solange Knows dedah sudah bercerai dengan Alan Ferguson pada awal tahun

Solange dan Alan ambil keputusan untuk berpisah pada awal tahun ini.

PENYANYI Solange Knowles mendedahkan dia dalam diam sudah berpisah dengan bekas suaminya, Alan Ferguson pada awal tahun ini.

Memetik laporan Hollywoodlife, Solange Knowles membuat pendedahan tersebut menerusi Instagramnya pada Jumaat lalu.

"Dua tahun ini membawa perubahan pada saya dari segi fizikal dan semangat baru berbanding sebelum ini.

"Saya sentiasa cuba untuk hidup dalam kejujuran biarpun betapa teruknya keadaan ketika itu.

Solange membuat pendedahan menerusi IG.

"11 tahun lalu, saya bertemu dengan seorang lelaki begitu bagus yang mengubah segalanya dalam kehidupan saya.

"Tapi pada awal tahun ini, kami akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah tanpa perlu memberitahu kepada umum," katanya.

Solange Knows, Alan Ferguson