suria

Jungkook (BTS) terlibat kemalangan, mengaku kecuaian diri sendiri

Jungkook kini disiasat polis selepas terlibat dalam kemalangan.

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu Jungkook masih dalam siasatan polis selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Isnin.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan Big Hit Entertainment mengesahkan kemalangan itu berlaku disebabkan kesilapan artisnya.

"Pihak polis masih belum tutup kes ini, jadi kami tidak boleh mendedahkan butiran selanjutnya.

"Jungkook yang memandu keretanya minggu lalu ketika berlaku perlanggaran kecil dengan kenderaan lain kerana kesilapannya sendiri.

"Kedua-dua mangsa dan Jungkook tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk," kata wakil agensi.

Jungkook akui kesilapannya.

Dalam pada itu, Jungkook mengakui kesilapannya dan selain itu pihak agensi turut memohon maaf kepada mangsa terlibat.

"Jungkook turut mengakui bahawa dia telah melanggar Akta Lalu Lintas jalan sejurus selepas kemalangan itu.

"Pihak polis sudah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mengambil kenyataan mangsa selepas itu.

"Kami sekali lagi memohon maaf kepada mangsa dan kami juga memohon maaf kerana menyebabkan peminat bimbang," ujarnya.

BTS, Jungkook

Artikel Lain