suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ucapan istimewa Ifan (Seventeen) untuk arwah isteri sempena ulang tahun perkahwinan undang sebak - “Tunggu aku di sana ya!”

Ifan meluahkan rasa kerinduan terhadap arwah isterinya.

HAMPIR setahun pemergian isteri tersayang, vokalis kumpulan Seventeen iaitu Ifan masih belum dapat melupakan arwah isterinya iaitu Dylan Sahara. 

Menerusi laman Instagram, Ifan meluahkan kerinduan kepada arwah dan menulis kapsyen istimewa sebagai memperingati ulang tahun ketiga perkahwinan mereka itu.

"Tepat tiga tahun yang lalu, di waktu ini saya berjanji di hadapan Allah untuk menemanimu dalam suka dan duka sehinggalah ajal memisahkan kita.

"Selamat ulang tahun ketiga sayang. Insya-Allah nanti kita raikan ulang tahun ini di syurga Allah. Tunggu aku di sana ya!," kata Ifan.

Bersama kapsyen itu, dia turut memuat naik video semasa majlis pernikahan mereka.

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram turut terharu dan tersentuh hati dengan perkongsian Ifan itu.

Malah, mereka memberikan kata-kata semangat kepada Ifan supaya terus tabah dan kuat berdepan dugaan hidup meskipun tanpa orang tersayang.

"Semoga terus tabah dan bertemu cinta hatimu di syurga abadi.

"Kalian pasangan paling bahagia. Insya-Allah akan bertemu lagi satu hari nanti," komen netizen.

Dylan Sahara meninggal dunia akibat tsunami di Banten Indonesia pada 22 Disember tahun lalu.

Ifan seventeen