Kim Jaejoong luah hasrat mahu anak kerana takut terkena sumpahan tukang tilik nasib

Kim bimbang dirinya masih belum bertemu jodoh apabila usia menjengah 40.

PENYANYI Kim Jaejoong baru-baru ini mengejutkan ramai peminat apabila mendedahkan hasratnya untuk memiliki cahaya mata.

Menerusi temubual bersama Do You Eat?, Kim secara terbuka berkongsi kepada pengacara yang juga seorang pelakon, Seo Hyo Rim bahawa dirinya masih solo selain mengenai rancangan masa depannya untuk berkahwin dan memiliki anak.

"Sejujurnya, saya sangat mengimpikan untuk memiliki anak saat ini.

"Usia saya kini sudah di pertengahan 30-an dan saya mula fikirkan perkara-perkara yang saya tak pernah fikirkan sebelum ini seperti perkahwinan," ujarnya.

Kim meluahkan hasrat mahu memiliki anak menerusi rancangan temubual Do You Eat?

Kenyataannya itu seterusnya mengejutkan ramai peminatnya yang mengetahui Kim sebelum ini sememangnya seorang yang tidak pernah berkongsi hal peribadi kepada umum.

Selain itu, Kim turut mendedahkan dia berasa bimbang apabila belum bertemu pasangan hidup meskipun usia kini menghampiri 40 tahun.

"Ia membuatkan saya jadi takut. Saya takut kalau saya tak akan berkahwin pun selepas ini," ujarnya.

Kim sebelum ini mendedahkan bahawa seorang tukang tilik nasib meramalkan bahawa dirinya tidak akan berkahwin dalam masa 10 tahun lagi sekiranya gagal mendirikan rumah tangga dalam tahun ini. - Koreaboo.com

Kim Jaejoong, kahwin

Artikel Lain