suria

Ed Sheeran artis paling kaya 2019 bawah usia 30 tahun

Ed Sheeran komposer dan penyanyi yang miliki kekayaan lebih RM900 juta.

PENYANYI Hollywood, Ed Sheeran diumumkan sebagai selebriti terkaya 2019 pada usia bawah 30 tahun. 

Ed Sheeran, 28, dilaporkan memiliki kekayaan mencecah RM700 juta pada tahun 2019 hasil royalti lagu dan konsert jelajahnya sepanjang tahun ini. 

Memetik laporan Metro.uk bakatnya dalam menghasilkan lagu membuatkan dia mampu meraih lebih daripada 150 juta cetakan rakaman di seluruh dunia. 

Karya Ed Sheeran berjaya meraih lebih daripada 150 juta cetakan rakaman di seluruh dunia.

Sebelum ini, Ed pernah menyatakan niatnya untuk berehat dari dunia muzik, namun dia telah melancarkan empat album yang berjaya menandingi artis-artis terkemuka Hollywood seperti Justin Bieber, Camilla Cabello dan Eminem. 

Aktor Daniel Radcliffe menduduki tempat kedua terkaya, manakala penyanyi Harry Styles di tempat ketiga. 

Ed Sheeran

Artikel Lain