Konsert 'Madame X' Madonna ditunda, peminat tanggung kerugian RM4000 - Bintang Global | mStar

Konsert 'Madame X' Madonna ditunda, peminat tanggung kerugian RM4000

Madonna terpaksa tunda konsert 'Madame X' atas kecederaan lutut.

PENYANYI terkenal Hollywood, Madonna terpaksa menangguhkan konsert Madame X yang sepatutnya berlangsung di Brooklyn Academy of Music (BAM) Howard Gilman Opera House pada Khamis lalu kerana mengalami kecederaan lutut. 

Memetik laporan CNN, dia dinasihatkan berehat selama tiga hari bagi mempercepatkan proses pemulihan lututnya yang cedera. 

"Madonna tercedera pada bahagian lutut. Jadi, sebaik-baiknya  biarlah dia berehat selama tiga hari supaya proses nak sembuh tu cepat," katanya. 

Salah seorang peminat Madonna, Nate Hollander terkilan apabila wang tiket yang dibeli gagal dikembalikan oleh pihak penganjur selepas mengetahui konsert Madame X itu ditunda pada saat akhir. 

Madonna dinasihatkan rehat tiga hari supaya lutut cepat sembuh.

Nate telah menanggung kerugian sebanyak RM4000 untuk tiket persembahan konsert Madame X yang dibeli. 

"Saya tak boleh nak claimn balik duit saya dekat pihak penganjur lepas saja dapat tahu konsert ini ditangguhkan. 

"Bukan saya tak mahu pergi konsert tu, tapi masa dan tempat yang ditetapkan akan datang belum tentu fleksibel dengan masa saya. 

"Malah, nak jual pada orang lain pun tak berbaloi. Mesti ada orang jual murah, sebab konsert delay last minute kan? Saya habis dalam RM4000 untuk beli tiket tersebut," ujarnya. - CNN 

Madonna

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain