suria

Atta Halilintar selongkar kediaman mewah Luna Maya

Atta Halilintar memuat naik video ketika melakukan kunjungan di kediaman Luna Maya.

SEJAK bergelar selebriti, kisah kehidupan pelakon dan penyanyi Luna Maya terus menarik perhatian masyarakat sampaikan hal peribadi termasuklah harta yang dimilikinya turut menjadi perbualan peminat.

Menerusi laman Youtube Atta Halilintar, personaliti media sosial itu meninjau dan melihat sendiri kediaman Luna yang disifatkan cukup besar dan menakjubkan.

Rumah yang sering menjadi lokasi Luna berkumpul bersama teman-teman artis itu kelihatan megah dengan pelbagai kelengkapan mewah.

Kediaman tersebut memiliki banyak ruangan yang luas sesuai dijadikan tempat bersantai bersama teman atau keluarga.

Malah, ruang tamu di rumah berkenaan juga memiliki perabot mewah dengan lampu kristal dan foto-foto yang dirakam Luna ketika dia berada di luar negara. Ianya kelihatan sungguh elegen dan dijaga begitu rapi.

Lebih menarik lagi, Luna mempunyai alat muzik elektronik atau turntable dan mengakui ada bakat memutarkan lagu remix seperti seorang DJ di kelab hiburan.

Rumah tersebut turut mempunyai kolam renang yang luas terletak di bahagian belakang kediamannya, ia kelihatan bersih dan dijaga cukup rapi.

SUMBER: Liputan6

Atta Halilintar, Luna Maya

Artikel Lain