suria

Son Naeun (Apink) maafkan individu komen jahat kerana hidap masalah mental

Individu meninggalkan komen berniat jahat terhadap Naeun Apink berdepan sakit mental.

AHLI kumpulan Apink iaitu Son Naeun membuat keputusan memaafkan individu yang menulis komen jahat setelah mendapati mereka sedang dirawat kerana penyakit mental.

Menurut laporan Soompi, firma guaman Wooree yang mewakili agensi pengurusan Apink iaitu Play M Entertainment berkongsi khabar terbaru mengenai tuntutan yang difailkan terhadap seseorang yang menyiarkan komen yang berniat jahat pada akaun media sosial peribadi Naeun.

Sebelum ini, Wooree menyatakan bahawa mereka telah memfailkan aduan jenayah menerusi Pasukan Siasatan Siber Polis Gangnam terhadap seseorang yang menghantar komen yang berniat jahat.

"Apink dan ahli-ahlinya telah melalui banyak kecederaan kerana komen-komen yang berniat jahat, dan agensi mereka dan firma undang-undang kami mengambil tindakan untuk membuat siasatan menyeluruh," kata Wooree menerusi satu kenyataan.

Dikhabarkan individu yang meninggalkan komen tersebut merupakan pelajar di jabatan undang-undang di salah satu universiti Korea. 

Dia menderita penyakit mental dan kini sedang dirawat di sebuah hospital.

"Keluarga suspek meminta maaf kepada Son Naeun dan agensinya, dan setelah mendengar keadaan sebenar suspek dan permintaan maaf secara ikhlas dari keluarganya, Naeun telah memutuskan untuk memaafkan mereka," kata firma guaman tersebut.

Bagaimanapun, agensi menegaskan akan terus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang terus menulis komen berniat jahat mengenai Apink.

SUMBER: SOOMPI

Son Naeun, Apink

Artikel Lain