suria

Sela Veva digelar pelacur, pemusnah rumah tangga selepas rapat dengan Jamie Foxx

Biarpun tidak hadir bersama namun netizen membuat spekulasi mereka kini sedang bercinta.

FOTO pelakon Jamie Foxx dan Sela Vave ketika menghadiri majlis pembukaan Hotel West Hollywood baru-baru ini menguatkan spekulasi mereka kini sedang bercinta.

Memetik laporan Hollywoodlife, biarpun tidak hadir secara berpasangan namun rata-rata peminat membuat andaian mereka sememangnya mempunyai hubungan istimewa.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perbualan selepas beberapa bulan Jamie itu mengesahkan dia dan katie Homes sudah berpisah.

Gosip cinta mereka menyebabkan Sela dituduh sebagai pelacur dan pemusnah rumah tangga Jamie dan Katie.

Jamie dan Katie sudah berpisah sejak Ogos lalu.

Bagaimanapun, Sela ada memuat naik status di Instagramnya mengatakan segala kecaman tidak memberi kesan pada dirinya kerana lebih mementingkan soal kerja.

"Untuk semua orang anda boleh terus bercakap dan memanggil saya pelacur, pemusnah rumah tangga, pisau cukur dan saya patut mati.

"Sebab ia tidak memberi kesan pun pada saya kerana fokus saya hanya untuk kerja dan lakukan apa yang saya paling suka," tulisnya. 

Jamie Foxx, Katie Holmes, Sela Veva

Artikel Lain