suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nia Ramadhani salahkan suami punca video tak pandai kupas buah salak jadi viral

Video Nia tidak pandai buka buah salak viral pada Oktober lalu.
PELAKON Nia Ramadhani masih meyalahkan suami iaitu Ardi Bakrie yang merakam aksinya yang tidak tahu mengupas buah salak sehingga tular di media sosial.

Nia berkata, perkara itu bukan hal yang besar untuk dijadikan perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai pisau atau gigit?” - Gelagat Nia Ramadhani tak tahu cara kupas buah salak jadi trending di Twitter

"Ini sebetulnya bukan hal besar, Ardi la... entah kenapa rakam-rakam, jadi susahkan aku," ujarnya seperti dipetik Liputan6.

Nia bersama suami dan anak-anaknya.

Nia yang ditemui dalam sebuah wawancara sebuah televisyen swasta mengulas video tular bahawa dia tidak pandai mengupas buah salak.

Perkara itu menjadi perbualan netizen yang menganggap ia sebagai sesuatu yang melucukan.

Dalam pada itu, Nia berkata, dia seorang yang tidak gemar makan buah-buahan.

Menerusi video yang tular itu, suaminya memberi Nia sebiji buah salak untuk dikupas.

Namun bintang sinetron ini meminta bantuan orang lain untuk mengupasnya dan mengakui tidak pandai cara membuka buah tersebut.

Nia Ramadhani

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia