suria

Dua tahun siasat modus operandi 'scammer', akhirnya Sandra Bullock dan Ellen DeGeneres saman syarikat produk anti penuaan

Sandra dan Ellen samanpihak yang menggunakan imej mereka untuk menjual produk kecantikan.

PELAKON Sandra Bullock memfailkan saman terhadap beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang dikenalpasti menggunakan nama serta wajahnya tanpa kebenaran di mahkamah Los Angeles, pada Rabu.

Menurut Sandra, tindakan mereka ini seolah-olah mencabar dirinya apabila mereka sewenang-wenangnya menggunakan imej serta identitinya bagi menjual produk anti penuaan dan pelbagai produk kecantikan lain.

"Syarikat ini sangat licik... macam-macam yang mereka lakukan untuk mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa. Percaya atau tidak, pihak kami mengambil masa hampir dua tahun menyiasat dan memerhati modus operandi yang digunakannya.

"Mereka ada mencipta sebuah website untuk menjual produk itu namun website itu akan hilang setiap kali menjelang malam.

Paparan skrin iklan yang menggunakan wajah Sandra dan Ellen tanpa kebenaran.

"Selain itu, mereka juga sering bertukar-tukar nama syarikat untuk mengaburi mata orang ramai," ujarnya.

Selain Sandra Bullock, pengacara popular Ellen DeGeneres juga turut melakukan perkara sama apabila wajahnya digunakan secara berleluasa dalam beberapa iklan yang didakwa palsu.

Lebih teruk apabila pihak tidak bertanggungjawab itu turut menerbitkan artikel dengan memetik kata-kata selebriti itu kononnya mereka adalah salah seorang daripada pengguna produk berkenaan yang berjaya mendapatkan kesan mengagumkan.

Ellen bagaimanapun menegaskan iklan itu adalah scam dan dia tidak pernah menjadi duta apalagi menggunakan produk berkenaan. - The New York Times

Sandra Bullock, Ellen DeGeneres

Artikel Lain