suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tiada rumah atau suami bukan satu masalah!” -Emma Watson seronok hidup single pada usia cecah 30 tahun

Emma bahagia bersendiri pada usia 30 tahun.

PELAKON Hollywood Emma Watson mengakui tidak berasa sedih dengan status bujang walaupun usianya kini sudah mencecah 30 tahun. 

Memetik laporan Vogue, Emma, 29, memberitahu bahawa dia seronok hidup bersendiri dan tidak memerlukan kehadiran seorang lelaki untuk membahagiakannya. 

"Pada mulanya saya tak pernah percaya yang 'single tu sebenarnya happy' Saya rasa macam 'Itu semua kelentong'.

"Saya ambil masa yang lama untuk sedar, tapi sekarang saya rasa betul-betul bahagia walaupun masih bujang. Saya seronok bertemankan diri sendiri," katanya.

Emma rasa pelik dengan persepsi masyarakat yang takut untuk mencecah usia 30 tahun.

Tambah Emma, dia berasa pelik dengan persepsi masyarakat yang menganggap usia 30-an sepatutnya sudah berkahwin dan memiliki anak. 

"Kenapa semua orang macam bimbang kalau umur mereka mencecah 30 tahun? Saya tak rasa ia sebagai satu masalah.

"Saya rasa sangat tertekan bila masyarakat memikirkan diri mereka tidak selamat dan stabil dalam kerjaya hanya kerana tidak mempunyai rumah, suami dan bayi menjelang umur 30 tahun," ujarnya. - Mirror

Emma Watson, bujang

Artikel Lain