Thanaerng kongsi pengalaman pertama kali bercuti di Pulau Sipadan, tak sabar kembali semula ke Malaysia minggu ini!

Thanaerng terharu rakyat Malaysia miliki sifat jujur dan penyayang.

PELAKON Thailand Thanaerng berkongsi pengalaman ketika kali pertama bercuti di Pulau Sipadan, Sabah beberapa tahun lalu.

Thanaerng, 23, yang melakukan aktiviti menyelam di pulau itu berkata, dia berdepan dengan kejadian cemas apabila tertinggal beberapa barang berharga ketika ingin meninggalkan pulau tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dia berterima kasih dan memuji sikap rakyat Malaysia yang membantunya mendapatkan semua barang-barang tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dia muda, popular dan berbakat... Pelakon 'My Ambulance' Thanaerng temui peminat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan artis popular Thailand bakal beraksi di konsert dimsum Thai Pop 2019

"Kali pertama saya bercuti di Malaysia, saya pernah ke Pulau Sipadan, Sabah untuk aktiviti menyelam dan snorkelling. Malangnya, saya tertinggal barang sewaktu meninggalkan pulau itu tapi nasib baik la rakyat Malaysia ni jujur sebab barang-barang yang tertinggal tu dipulangkan balik kepada saya.

"Saya rasa kagum dengan rakyat negara ini yang jujur dan juga penyayang sebab barang yang tertinggal tu sebenarnya disimpan sebelum dipulangkan. Malah, sewaktu barang tersebut dikembalikan, tak ada satu pun yang hilang," katanya. 

Meskipun kali pertama bekerjasama, Thanaerng selesa bekerja dengan Sunny.

Dalam pada itu, bercerita tentang drama siri popular My Ambulance, Thanaerng berkata, dia selesa bergandingan dengan pelakon popular Sunny Suwanmethanont dan Mai Davika sepanjang penggambaran drama tersebut.

"Ini sebenarnya kali pertama saya bekerja dengan pelakon terkenal Sunny dalam drama My Ambulance.

"So far, tak ada masalah antara kami dan kami selesa kerja bersama," ujarnya.

Drama siri My Ambulance boleh ditonton menerusi platform dimsum. 

Bagi meraikan ulang tahun ketiga perkhidmatan langganan video atas talian, dimsum bakal membawa Thanaerng bersama pelakon utama My Ambulance iaitu Sunny Suwanmenthanont di konsert dimsum Thai Pop 2019 yang akan berlangsung di Ideal Conveantion Centre Shah Alam (IDCC), pada Ahad ini.

Selain itu, kumpulan remaja kegilaan ramai Nine by Nine (9by9) turut membuat persembahan sulung mereka di Malaysia pada konsert tersebut.

Thanaerng, My Ambulance

Artikel Lain