“Pakai pisau atau gigit?” - Gelagat Nia Ramadhani tak tahu cara kupas buah salak jadi trending di Twitter - Bintang Global | mStar

“Pakai pisau atau gigit?” - Gelagat Nia Ramadhani tak tahu cara kupas buah salak jadi trending di Twitter

Reaksi spontan Nia Ramadhani diminta mengupas buah salak menarik perhatian netizen.

NAMA pelakon Nia Ramadhani menjadi trending di laman Twitter apabila video yang dimuat naik oleh suaminya telah menarik perhatian netizen.

Menerusi akaun Instagram suaminya, Ardi Bakrie ada berkongsi rakaman pendek reaksi Nia ketika disuruh mengupas buah salak.

Dalam keadaan bingung Nia bertanyakan kepada suaminya cara yang betul untuk mengupas buah tersebut.

"Bila disuruh minta bukakan buah salak, kamu tidak tahu caranya. Kamu serius tak tahu caranya? Takkan tak tahu cara buka salak?," tanya Ardi.

"Pakai pisau?," tanya Nia semula.

"Bukanlah... dikupas! Dia tak tahu cara buka salak. Digigit! Kupaslah!," jawab suaminya.

Rakaman 15 saat yang dimuat naik Ardi di Instastory itu telah dikongsi semula oleh seorang peminat di Twitter.

Ia sekaligus mengundang pelbagai komen daripada netizen.

"Nia Ramadhani pasti tak pernah tahu rasa nasi goreng semalam paginya digoreng lagi buat sarapan.

"Kalau aku yang buat video mengupas salak dan masukkan dalam Youtube hanya seorang saja penonton.

"Nia Ramadhani cantik, bijak, tak boleh buka buah salak orang akan faham... tapi kalau aku yang begini, satu Indonesia akan mengecam," komen netizen.

Video yang dimuat naik di Twitter itu telah menerima lebih 3 juta tontonan.

Nia Ramadhani , Ardi Bakrie

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini