suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicki Minaj dah ‘off-market’, sah jadi isteri Kenneth Petty

Bintang rap Nicki Minaj sah jadi isteri Kenneth 'Zoo' Petty.

BINTANG rap popular Nicki Minaj mengesahkan sudah berkahwin dengan Kenneth Petty selepas hampir satu tahun menjalinkan hubungan.

Nicki, 36, mengumumkan berita gembira itu menerusi sebuah video yang dimuatnaik di Instagram 

"Onika Tanya Maraj-Petty 10.21.19," tulisnya di ruangan kapsyen.

Nicki umumkan sudah berkahwin di media sosial.

Memetik laporan People, wakil Minah tidak akan memberikan apa-apa komen berhubung perkahwinan berkenaan. 

Terkini, meskipun sudah bergelar isteri, Minaj mengambil keputusan untuk terus memberi fokus dalam kerjayanya. 

"Saya masih perlu beri tumpuan pada muzik. Saya tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan yang terlalu besar dan mewah,  - People

Nicki Minaj, kahwin

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia