Rancangan berkaitan buli siber ‘Night Of Hate Comments’ ditamatkan selepas kematian Sulli - Bintang Global | mStar

Rancangan berkaitan buli siber ‘Night Of Hate Comments’ ditamatkan selepas kematian Sulli

Sulli pernah menjadi mangsa kecaman netizen.

SUSULAN kematian bintang Kpop, Sulli, rancangan hiburan Korea Selatan Night Hate Of Comments di saluran televisyen JTBC2 ditamatkan serta-merta.

Perkara itu diumumkan pihak produksi menerusi kenyataan media selepas Sulli yang juga salah seorang hos program berkenaan disahkan meninggal dunia pada 14 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mengejutkan! Harap ia tidak benar” - Sulli dilaporkan meninggal dunia, ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya

"Selepas saja mengetahui berita menyayat hati melibatkan salah seorang pengacara utama, kami sudah fikir masak-masak dan pertimbangkan keputusan untuk hentikan program ini... mustahil untuk teruskan tanpa Sulli," demikian menurut JTBC2.

Night Hate Of Comments adalah sebuah program yang membincangkan mengenai kejadian buli siber yang berlaku dalam kalangan selebriti.

"Terima kasih kepada penonton setia Night of Hate Comments yang bersama kami untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahayanya komen-komen negatif," katanya.

Acara Night of Hate Comments ditamatkan serta-merta selepas kematian Sulli. -Foto JTBC

Rancangan itu berakhir pada episod ke-16 yang disiarkan pada 11 Oktober lalu.

Dalam program berkenaan, Sulli memberitahu bahawa dia pernah secara diam-diam membalas komen netizen kerana menuduhnya menggunakan ubat terlarang dan fotonya dijadikan testimoni produk tersebut.

"Saya tidak melakukan hal yang melanggar undang-undang," ujarnya dalam acara tersebut. 

Selain itu Sulli juga pernah menerima surat permohonan maaf daripada netizen yang menyesali perbuatan mereka selepas melemparkan kata-kata kesat di ruangan komen.

Dalam siaran terakhir itu, Sulli meminta netizen untuk hentikan komen-komen negatif terhadapnya.

"Saya bukan orang jahat. Sebutkan satu saja alasan yang membuat saya layak menerima komen-komen negatif," katanya. - METRO

JTBC2 , Sulli

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain