Goo Hye Sun dedah Ahn Jae Hyun hilang minat, enggan dihubungi punca mereka bercerai - Bintang Global | mStar

Goo Hye Sun dedah Ahn Jae Hyun hilang minat, enggan dihubungi punca mereka bercerai

Goo Hye Sun akhirnya mendedahkan punca sebenar perceraiannya dengan Ahn Jae Hyun.

PELAKON Goo Hye Sun mendedahkan kisah perceraian dengan bekas suaminya, Ahn Jae Hyun bermula selepas aktor itu tiba-tiba mengaku dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya.

Menurut Goo Hye Sun, Ahn Jae Hyun adalah individu yang mula-mula bercakap soal perceraian.

"Satu hari, Ahn Jae Hyun memberitahu dia sudah tiada apa-apa perasaan terhadap saya. Sejak dari itu, kami sering berbicara untuk bercerai.

"Selepas dia berpindah keluar dari rumah kami atas alasan untuk fokus pada lakonannya, saya sukar untuk menghubunginya. Sejak itu, dia terus tinggal di sana kerana masing-masing mahu duduk berasingan," ujarnya.

Goo Hye Sun mendedahkan mengenai perkara itu menerusi sebuah temubual eksklusif bersama majalah Women Sense pada Rabu.

Pasangan ini mula tinggal berasingan sejak penghujung Julai lalu.

Tambah Goo Hye Sun, mereka juga tidak pernah berdepan pertengkaran yang besar sepanjang tiga tahun bersama sebaliknya berasa terkilan kerana tidak mengetahui punca suaminya berkelakuan sedemikian.

"Sepanjang tiga tahun bersama kami juga tak pernah berdepan pergaduhan yang besar. Cuma saya terkilan kerana perceraian kami ini adalah tidak adil.

"Selama ini saya dahulu yang akan call dan hantar mesej kepadanya tetapi dia tak pernah nak respons.

"Kali terakhir saya menerima mesej daripadanya adalah sewaktu saya berada di hospital dan dia beritahu di mahu pulang ke rumah untuk mengambil baju sejuk yang tertinggal di sana. Saya tak sepatutnya percaya pada cinta tapi diri sendiri," katanya.

Selain itu, Goo Hye Sun berkata pintu hatinya untuk kembali bercinta sudah tertutup rapat dan buat masa ini hanya mahu fokus terhadap bidang kerjayanya sahaja. - Koreaboo.com



Goo Hye Sun , Ahn Jae Hyun

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain