suria

Harry Styles tak iktiraf Zayn Malik bekas ahli kumpulan One Direction

Harry tak anggap Zayn sebagai salah seorang bekas anggota kumpulan One Direction.

PENYANYI Hollywood Harry Styles tidak menganggap selebriti Zayn Malik sebagai salah seorang bekas anggota kumpulan One Direction.

Memetik laporan E! News, Harry menyebut kesemua nama ahli bekas kumpulannya kecuali Zayn sewaktu dia sedang mengacarakan program NBC'S Saturday Night Live yang disiarkan secara langsung.

"Tak tahulah kalau anda dengar atau tak. Tapi sekarang saya bukan lagi dalam 'boy band', saya dalam 'man band'

"Dulu saya pernah ada band, iaitu One Direction. Mesti meriah kalau mereka semua ada kat sini. Tapi mereka tak ada. 

Bekas anggota One Direction: Niall Horan, Zayn Malik, Louis Tomlinson, Liam Payne dan Harry Styles.

"Saya sayang kat mereka. Semuanya saya anggap seperti abang saya. Niall, Louis, Liam dan... Ringo. Ya, tu saja," katanya.

Zayn yang merupakan salah seorang anggota dalam kumpulan One Direction sebelum ini mengundurkan diri pada tahun 2015 kerana mendakwa tidak diberikan ruang untuk berkarya.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu ahli kumpulan tersebut bergerak solo pada tahun 2016 demi memberikan fokus kepada kerjaya nyanyian masing-masing.

Untuk rekod, One Direction pernah dianggotai oleh Harry Styles, Liam Payne, Louis Tomlinson, Niall Horan dan Zayn Malik. - E! News

Harry Styles, Zayn Malik

Artikel Lain