suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

S.Coup SEVENTEEN pula diserang masalah mental, terpaksa direhatkan sementara

S.Coup disahkan menghidap kegelisahan melampau.

SALAH seorang ahli kumpulan SEVENTEEN iaitu S.Coup dinasihatkan supaya memperlahankan aktiviti seni berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya ketika ini.

S.Coup sebelum ini disahkan menghidap masalah anxiety atau kegelisahan melampau selepas menunjukkan pelbagai simptom penyakit mental itu.

"Selepas berdepan beberapa simptom psikologi dan disahkan menghidap anxiety, S.Coup dinasihatkan untuk menjalani rawatan lanjut bagi merawat penyakit dihadapinya itu.

"Ia sekaligus memerlukan S.Coup berehat daripada sebarang aktiviti untuk dia kembali stabil," kata pihak pengurusannya, Pledis Entertainment.

Ahli kumpulan SEVENTEEN bersetuju merehatkan S.Coup daripada sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.

Kenyataan itu dibuat menerusi posting di akaun Twitter rasmi kumpulan SEVENTEEN pada Isnin.

Berikutan itu, pihak pengurusan mengadakan perbincangan bersama ahli kumpulannya yang lain dan bersetuju untuk merehatkan S.Coup daripada sebarang aktiviti seni.

S.Coup juga bakal menjalani beberapa siri rawatan sehingga keadaan kesihatannya kembali stabil.

Dalam pada itu, pihak pengurusan turut meminta peminat untuk bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang mampu mengundang salah faham terhadap penyanyi itu sehingga dia kembali pulih sepenuhnya. - Soompi

S.Coup SEVENTEEN, anxiety attack

Artikel Lain