suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asyik ‘berperang’ tiap kali suruh belajar? Ibu bapa kena cuba sistem 15 minit, tak sampai seminggu anak dah boleh berdikari

Teknik yang betul dapat membantu anak fokus pada waktu belajar. -Gambar hiasan AI

MEMBENTUK rutin belajar anak bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila mereka sering memberi pelbagai alasan setiap kali diminta membuka buku.

Lebih memenatkan, ibu bapa terpaksa mengingatkan perkara sama berulang kali sehingga sesi pembelajaran akhirnya bertukar menjadi ‘medan perang’ di rumah.

Bagaimanapun, perkongsian halaman ParentingMath di Thread menjelaskan bahawa rutin belajar boleh mula dibentuk dalam tempoh 48 jam dengan menyediakan sistem yang mudah diikuti anak.

Berikut merupakan lima langkah yang boleh dicuba ibu bapa.

1. Pilih satu waktu yang sama

Elakkan arahan terlalu umum seperti 'belajar apabila ada masa' kerana anak mungkin sukar menentukan waktu yang sesuai untuk bermula.

Sebaliknya, tetapkan satu pencetus yang mudah diingati seperti belajar selepas mandi petang, selepas solat Maghrib atau sebelum menonton televisyen.

Apabila dilakukan pada waktu sama setiap hari, anak akan lebih mudah mengaitkan aktiviti tersebut dengan rutin belajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sikit-sikit nak menangis, rupanya petanda jiwa anak ‘koyak’ kerap kena tengking! Ibu bapa tolong peka 5 perubahan ini

2. Mulakan dengan tempoh singkat

Jangan terus memaksa anak belajar selama sejam kerana tempoh yang terlalu panjang boleh menyebabkan mereka menolak rutin tersebut.

Mulakan dengan hanya 15 minit iaitu lima minit untuk mengulang kaji, lima minit menjawab latihan dan baki lima minit bagi menyemak jawapan.

Rutin yang pendek akan kelihatan lebih mudah dilakukan, sekali gus mengurangkan alasan mereka untuk mengelak.

3. Sediakan ruang belajar khusus

Pastikan pensel, pemadam, buku dan latihan diletakkan di satu tempat sama yang boleh dijadikan sebagai ‘stesen belajar’.

Mungkin ada yang beranggapa tindakan tersebut sebagai remeh, namun sebenarnya, langkah itu dapat mengelakkan masa serta tenaga anak terbuang.

Kadang-kadang ada anak-anak yang menjadikan alasan mencari alat tulis, memilih buku atau menunggu arahan sebelum mula belajar.

Ruang berkenaan tidak semestinya besar, sebaliknya cukup sekadar kemas, selesa dan mempunyai semua keperluan asas.

Anak boleh belajar mengikut waktu ditetapkan tanpa pengawasan. -Gambar hiasan AI

Anak boleh belajar mengikut waktu ditetapkan tanpa pengawasan. -Gambar hiasan AI

4. Jangan ubah sistem setiap hari

Ibu bapa tidak digalakkan menukar kaedah belajar terlalu kerap seperti menggunakan lembaran kerja pada hari ini mahupun video pada keesokan hari.

Menurut perkongsian tersebut, anak memerlukan urutan yang boleh dijangka seperti duduk, membuka buku, menjawab tiga soalan, menyemak jawapan dan menyimpan semula peralatan.

Ulang urutan sama selama seminggu dan hanya tambahkan tempoh belajar selepas anak mula membiasakan diri.

5. Jangan hanya memeriksa markah

Selepas seminggu, ibu bapa disaran menilai perubahan pada tingkah laku anak dan bukannya melihat markah semata-mata.

Perhatikan sama ada anak semakin kurang perlu disuruh, tahu bahan yang perlu diambil, boleh belajar tanpa ditemani serta mampu menyiapkan rutin pendek tersebut.

Sekiranya perubahan itu dapat dilihat, ia menunjukkan sistem berkenaan mula menjadi dan anak semakin mampu belajar secara berdikari.

Artikel Lain