MINUMAN berkafein seperti kopi sememangnya menjadi pilihan ramai untuk meningkatkan tenaga dan menghilangkan rasa mengantuk, namun ada juga mendakwa ia memberi kesan lain terhadap tubuh.Malah, dakwaan bahawa kopi mampu meningkatkan keinginan seksual turut menjadi perbualan hangat di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Bagi memastikan dakwaan tersebut, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman peribadinya di Threads selepas melakukan 'eksperimen' terhadap diri sendiri.Menurutnya, dia sebelum ini pernah mengemukakan persoalan sama di media sosial dan menerima pelbagai maklum balas, termasuk pandangan berdasarkan pengalaman serta penjelasan sains.Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk mencuba sendiri dengan hanya mengambil kopi sepanjang hari sebelum menggabungkan kopi bersama coklat pada hari lain.Menurutnya, kedua-dua percubaan itu memberikan kesan seperti didakwa.Namun dia menegaskan pengalaman tersebut hanyalah berdasarkan pemerhatian terhadap tubuh sendiri dan bukannya kajian saintifik."Saya buat kajian atas diri sendiri dengan minum kopi dalam satu hari dan kesannya memang dirasakan (rangsangan seksual)."Hari keesokannya saya cuba kopi dan coklat bersama seperti komen yang diterima dan benar kesannya melonjak," jelas wanita ini.Mengulas kemungkinan di sebalik keadaan itu, wanita berkenaan menjelaskan kafein dalam kopi dan theobromine dalam coklat dikatakan bertindak sebagai vasodilator yang membantu mengembangkan salur darah.Tambahnya, apabila aliran darah meningkat ke seluruh badan termasuk bahagian sensitif, ia berpotensi meningkatkan sensitiviti deria.Selain itu, coklat juga mengandungi sebatian phenylethylamine (PEA) yang dikaitkan dengan rasa teruja, di samping tryptophan yang membantu penghasilan serotonin, iaitu hormon yang mempengaruhi mood.Bagaimanapun, dia mengingatkan perkongsiannya hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri dan tidak menggalakkan individu mempunyai masalah tertentu berkaitan kesan pengambilan kafein terhadap aliran darah untuk mencubanya.