suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sikit-sikit nak menangis, rupanya petanda jiwa anak ‘koyak’ kerap kena tengking! Ibu bapa tolong peka 5 perubahan ini

Ibu bapa yang marah dengan cara menjerit dan menengking boleh menyebabkan anak berada dalam tekanan. -Gambar hiasan AI

PERUBAHAN tingkah laku anak seperti mudah menangis, kuat meragam atau enggan mendengar kata sering dianggap sebagai perbuatan sengaja untuk mendapatkan perhatian.

Tidak kurang ada ibu bapa menganggap anak menjadi semakin degil sedangkan perubahan tersebut mungkin berlaku kerana emosi mereka sedang tertekan akibat terlalu kerap dimarahi atau ditengking. 

Menerusi perkongsian di Threads, pengasas Kids Lebz, Hazwani Mat Husin mendedahkan emosi kanak-kanak terutama pada fasa usia emas adalah masih rapuh dan memerlukan perhatian sewajarnya daripada ibu bapa.

Menurutnya, terdapat beberapa perubahan tingkah laku boleh diperhatikan bagi mengenal pasti sama ada anak sedang berdepan tekanan emosi.

Jeritan dan pekikan akan menyebabkan si kecil berubah sikap termasuk menjadi pendiam. -Gambar hiasan AI

Jeritan dan pekikan akan menyebabkan si kecil berubah sikap termasuk menjadi pendiam. -Gambar hiasan AI

1. Mudah menangis kerana perkara kecil

Anak yang sebelum ini ceria mungkin menjadi lebih sensitif dan mudah menangis walaupun hanya berdepan perkara kecil.

Mereka juga lebih kerap mengalami tantrum dan sukar mengawal emosi berbanding kebiasaannya.

2. Cepat melenting atau marah

Mereka juga boleh memberikan reaksi berlebihan seperti menjerit, merajuk atau mudah naik marah apabila permintaan tidak dipenuhi.

Tindak tanduk itu sebenarnya merupakan cerminan yang mereka saksikan sendiri.

3. Menjadi pendiam

Perubahan tersebut boleh dilihat apabila anak semakin kurang bercakap, menjauhkan diri atau tidak lagi mahu berkongsi cerita bersama ibu bapa.

Paling dibimbangi adalah mereka sentiasa kelihatan takut melakukan kesalahan kecil kerana kerap dimarahi.

Situasi yang berlaku itu menyebabkan anak terlalu berhati-hati dan takut melakukan kesilapan walaupun dalam perkara remeh.

Malah mereka juga berkemungkinan diselubungi perasaan bimbang melakukan kesalahan sehingga enggan mencuba aktiviti atau pengalaman baharu.

4. Sukar memberikan tumpuan

Tekanan yang dialami boleh menyebabkan anak sukar fokus ketika belajar atau bermain meskipun melakukan aktiviti yang biasanya digemari.

Dalam sesetengah hal, mereka cenderung menunjukkan tingkah laku cemas  termasuk menggigit kuku, menghisap jari atau melakukan sesuatu secara berulang apabila berasa tidak selesa.

Perhatian dan kasih sayang ibu bapa dapat mengembalikan ketenangan anak. -Gambar hiasan AI

Perhatian dan kasih sayang ibu bapa dapat mengembalikan ketenangan anak. -Gambar hiasan AI

5. Tidur tidak lena

Anak mungkin kerap terjaga pada waktu malam, sukar tidur atau mengalami mimpi buruk disebabkan 'trauma' yang menjerit-jerit.

Bagaimanapun, ibu bapa boleh membantu mengembalikan ketengan anak dengan mengajak mereka berjalan pada waktu petang selama 10 hingga 15 minit, mewarna, melukis atau membaca buku cerita bersama-sama.

"Aktiviti lain yang boleh dilakukan termasuk bermain puzzle, permainan padanan, bermain air ketika mandi, berkebun, menyiram pokok serta melakukan permainan imaginasi seperti masak-masak atau doktor-doktor.

"Boleh juga memasang lagu yang menenangkan, melakukan aktiviti menggunting dan menampal atau menyediakan lembaran kerja santai seperti permainan mencari jalan keluar, latihan menekap serta matematik mudah," jelasnya.

Dalam pada itu beliau menyatakan, anak tidak perlukan ceramah panjang sebaliknya hubungan, perhatian dan aktiviti yang membantu otak serta emosinya kembali tenang.

Artikel Lain