suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan fikir perut wanita hamil semua sama! Kenali 4 bentuk fizikal ibu mengandung supaya tak ‘judge’ bukan-bukan

Tanggapan orang sekeliling mengenai bentuk perut boleh mengganggu emosi wanita hamil. -Gambar hiasan AI

FASA kehamilan sememangnya akan membawa pelbagai perubahan ketara pada tubuh seorang wanita sehingga kadangkala ia mudah mengundang rasa cemas dan bimbang di lubuk hati.

Namun hakikatnya, tidak semua bakal ibu akan mengalami perubahan fizikal yang serupa.

Segala-galanya bergantung kepada perbezaan ketinggian serta bentuk tubuh asal mereka sendiri sebelum disahkan hamil.

Perbezaan struktur badan inilah yang membuatkan ada wanita bertuah sudah mula nampak acuan baby bump comel seawal trimester pertama lagi.

Manakala segelintir yang lain pula perutnya masih kelihatan rata seperti biasa walaupun usia kandungan sudah memasuki bulan keempat.

Keadaan yang berlaku itu sering membuatkan sesetengah wanita tertanya-tanya sama ada perkembangan kandungan mereka normal atau sebaliknya selain didorong pandangan orang sekeliling.

Menjawab persoalan yang sering bermain di fikiran para ibu hamil, portal Halodoc melaporkan, bentuk perut ketika hamil sebenarnya berbeza bagi setiap individu kerana dipengaruhi faktor seperti postur badan ibu, kekuatan otot abdomen serta kedudukan dan saiz janin.

Bentuk perut wanita hamil bergantung pada fizikal dan kedudukan bayi serta kekuatan abdomen mereka. -Gambar hiasan AI

Bentuk perut wanita hamil bergantung pada fizikal dan kedudukan bayi serta kekuatan abdomen mereka. -Gambar hiasan AI

Tidak hanya itu, kebanyakan wanita mula menunjukkan perubahan yang lebih ketara apabila kandungan memasuki usia sekitar tiga hingga empat bulan.

Namun bagi masyarakat terdahulu pula, bentuk perut seperti bulat atau lancip (runcing atau tirus ke hujung) sering dijadikan penunjuk kepada jantina bayi.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah penentu yang tepat sekali gus dianggap sebagai mitos berikutan kaedah yang lebih tepat untuk mengetahui jantina bayi adalah melalui pemeriksaan ultrabunyi (ultrasound).

Berikut merupakan beberapa bentuk perut yang lazim dialami ibu hamil seperti perkongsian Halodoc.

1. Perut bulat

Bentuk ini paling kerap dilihat terutama dalam kalangan wanita yang hamil anak pertama.

Bagaimanapun, saiz dan bentuknya boleh berubah mengikut pembesaran serta kedudukan bayi sepanjang kehamilan.

Wanita ini disahkan hamil anak kembar selepas melakukan ultrabunyi pada usia kandungan tujuh bulan berikutan bentuk perutnya yang semakin besar dan berat. -Foto TikTok FunFact

Wanita ini disahkan hamil anak kembar selepas melakukan ultrabunyi pada usia kandungan tujuh bulan berikutan bentuk perutnya yang semakin besar dan berat. -Foto TikTok FunFact

2. Perut melebar

Perut yang kelihatan lebih melebar kadangkala dikaitkan dengan kedudukan bayi yang melintang di dalam rahim.

Namun keadaan itu lazim berlaku pada awal kehamilan kerana janin masih mempunyai ruang untuk bergerak dan menukar posisi. 

Jika keadaan sama berterusan sehingga hampir waktu bersalin, ibu disaran mendapatkan pemeriksaan lanjut.

3. Perut tinggi

Wanita yang mempunyai otot abdomen lebih kuat selalunya kelihatan membawa kandungan pada kedudukan lebih tinggi.

Ini kerana otot yang masih tegang mampu menyokong rahim dengan baik, sekali gus menyebabkan perut tidak mudah kelihatan jatuh ke bawah.

4. Perut menurun

Keadaan ini lebih biasa berlaku apabila usia kandungan menghampiri penghujung kehamilan, khususnya sekitar minggu ke-35 dan ke atas.

Ia juga lebih kerap dialami oleh wanita yang pernah hamil sebelum ini kerana otot abdomen sudah menjadi lebih longgar.

Namun jika perut kelihatan menurun terlalu awal, ibu disaran mendapatkan nasihat doktor kerana ia boleh menjadi antara tanda kelahiran pramatang.

Artikel Lain