Aktiviti yang merangsang minda anak secara konsisten mampu memberi kesan positif jangka masa panjang. -Gambar hiasan AI
RAMAI yang beranggapan bahawa semakin lama seseorang 'menghadap' buku, semakin banyak ilmu yang diserap.Hakikatnya, tempoh belajar yang panjang tidak semestinya menjamin seseorang itu mudah memahami sesuatu pelajaran. Menyedari perkara tersebut, seorang bekas jurutera, Nusaibah berkongsi cara untuk merangsang otak menggunakan teknik yang betul bagi membantu anak-anak meningkatkan fokus, daya ingatan dan keupayaan berfikir.Menerusi hantaran di Threads, dia menyediakan beberapa amalan mudah untuk dilakukan di rumah tanpa memerlukan kos tinggi atau jadual pembelajaran yang terlalu padat.Berikut antara tip yang dikongsikannya.1. Pastikan otak mendapat 'bahan api' yang mencukupiOtak memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan baik. Justeru, ibu bapa disaran untuk memastikan anak mengambil makanan yang kaya dengan protein dan asid lemak Omega-3 seperti telur, ikan sardin, salmon, kekacang serta susu.ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak pandai, IQ rendah... Mak ayah cuba semak semula pemakanan merekaSelain itu, sumber karbohidrat yang membekalkan glukosa secara sihat seperti oat, pisang dan ubi keledek juga penting kerana glukosa merupakan sumber tenaga utama otak.Pengambilan air yang mencukupi juga penting kerana dehidrasi ringan boleh menjejaskan tumpuan si kecil. Dalam masa sama, makanan dan minuman tinggi gula serta makanan diproses wajar dihadkan kerana boleh menyebabkan tenaga anak merudum selepas seketika.2. Luangkan 15 minit sehari untuk aktiviti merangsang otakKebanyakan ibu bapa beranggapan bahawa aktiviti mengasah minda memerlukan masa yang lama, namun sebenarnya ia cukup dilakukan dalam tempoh 15 minit dan dilakukan secara konsisten.Oleh itu, ibu bapa yang ingin meningkatkan fokus dan daya ingatan anak, bolehlah menggunakan kad imbas (flashcard), bermain permainan memerhati objek di sekeliling atau menggalakkan anak menghasilkan origami mahupun membina blok seperti Lego.Aktiviti regangan di luar rumah membantu melancarkan sistem darah ke otak sekali gus merangsang minda anak-anak. -Gambar hiasan AIUntuk mengasah kemahiran berfikir pula, aktiviti seperti menyusun puzzle, bermain rubik, catur, dam atau congkak serta mengemukakan soalan berbentuk situasi mampu membantu anak berfikir secara lebih kritis.Dalam aspek bahasa dan kreativiti pula, ibu bapa boleh meminta anak mencipta cerita berdasarkan beberapa perkataan yang diberikan, membaca buku selama 10 minit sebelum tidur atau menghafal lagu sambil melakukan pergerakan bagi mengaktifkan lebih banyak rangsangan otak.3. Amalkan gaya hidup yang menyokong perkembangan otakMenurut Nusaibah, tidur yang mencukupi sangat penting kerana ketika itulah otak menyusun semula maklumat yang dipelajari sepanjang hari.Kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun disaran tidur sekitar sembilan hingga 11 jam setiap malam.Selain itu, aktiviti fizikal seperti berlari, melompat atau berenang selama kira-kira 30 minit sehari membantu melancarkan aliran darah ke otak sekali gus memudahkan proses pembelajaran selepas bersenam.Dalam masa sama, penggunaan gajet juga perlu dikawal dengan menggantikannya kepada aktiviti bermain di luar atau belajar sambil bergerak.4. Gunakan teknik pembelajaran yang lebih berkesanNusaibah turut mencadangkan ibu bapa meminta anak mengajar semula apa yang dipelajari kerana kaedah itu menunjukkan mereka benar-benar memahami sesuatu topik.Teknik menggabungkan beberapa deria seperti membaca, menulis dan menyebut dengan kuat juga dikatakan mampu membantu maklumat lebih mudah diingati.Selain itu, kaedah membahagikan topik kepada bahagian kecil (chunking) dan mengaitkan pembelajaran dengan perkara yang diminati anak turut memudahkan mereka memahami pelajaran.