suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ya Allah sakit!” - Bakal pengantin meraung di klinik lepas didakwa cucuk ubat kurus... Tanggung derita usus bocor, hati bengkak

“Ya Allah sakit!” - Bakal pengantin meraung di klinik lepas didakwa cucuk ubat kurus... Tanggung derita usus bocor, hati bengkak

KEGHAIRAHAN segelintir individu untuk mendapatkan susuk tubuh langsing dengan cara pantas semakin membimbangkan apabila ada yang secara semborono menggunakan suntikan penurunan berat badan tanpa merujuk pakar perubatan terlebih dahulu.

Lebih membahayakan apabila produk yang digunakan itu masih belum diluluskan untuk kegunaan awam namun telah dijual secara meluas di Internet.

Mendedahkan perkara tersebut, seorang doktor berkongsi pengalaman merawat wanita muda yang didakwa mengambil Retatrutide (RETA) sehingga terpaksa dirujuk ke hospital selepas mengalami komplikasi serius.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Resident Doctor di Klinik Dr Hannani iaitu Dr Hannani Murni Indah Kamarudin, menceritakan detik cemas sewaktu seorang gadis berusia 24 tahun datang ke kliniknya di Batu Pahat, Johor dalam keadaan meraung kesakitan akibat sakit perut yang teramat sangat.

Menurutnya, pesakit itu bukan sahaja mengalami sakit yang sukar ditahan, malah mata dan wajahnya kelihatan kekuningan, manakala degupan jantungnya mencecah antara 132 hingga 140 denyutan seminit.

"Ya Allah sakit... ya Allah sakit," katanya mengimbau semula kata-kata pesakit yang ketika itu terlalu menahan kesakitan sehingga sukar menjawab sebarang pertanyaan.

Menyedari keadaannya serius, beliau segera memasang saluran intravena, memberikan ubat tahan sakit dan menghubungi ambulans sebelum melakukan pemeriksaan imbasan pada bahagian abdomen.

Ramai yang menggunakan produk Retatrutide untuk mendapatkan tubuh langsing. -Gambar hiasan AI

Ramai yang menggunakan produk Retatrutide untuk mendapatkan tubuh langsing. -Gambar hiasan AI

"Saya agak ini mesti penyakit gagal hati, jadi saya tanya kawan dia yang bawa ke klinik sama ada dia sudah berkahwin atau belum, rakannya cakap yang dia bakal berkahwin 14 Ogos ini.

"Saya bawa ke bilik rawatan untuk buat imbasan perut dan terkejutnya saya apabila mendapati hatinya bengkak," jelasnya.

Tambah Dr Hannani, pemeriksaan lanjut gagal diteruskan sepenuhnya kerana pesakit tidak mampu menahan kesakitan ketika alat imbasan diletakkan pada perutnya.

Pendedahan produk yang diambil

Bercerita lanjut, beliau berkata, rakan pesakit kembali ke klinik dan memaklumkan wanita itu didakwa mengambil Retatrutide yang dibeli secara dalam talian sebagai usaha menurunkan berat badan menjelang hari perkahwinannya.

Malah dia difahamkan bahawa berat badan wanita itu dikatakan turun daripada 80 kilogram kepada 54 kilogram dalam tempoh tertentu sebelum mengalami masalah kesihatan berkenaan.

Tambah doktor itu lagi, pesakit tersebut kemudiannya dirujuk dari Hospital Batu Pahat ke Johor Bahru selepas didapati mengalami komplikasi termasuk hati dan jantung yang membengkak serta usus bocor.

Dalam perkongsiannya, Dr Hannani menjelaskan bahawa Retatrutide ialah ubat yang masih berada dalam fasa kajian klinikal dan belum diluluskan untuk kegunaan umum.

Beliau turut meluahkan kebimbangan apabila produk itu didakwa dijual secara meluas oleh individu yang ingin meraih keuntungan walaupun keselamatan penggunaannya masih belum dipastikan.

Salah seorang pesakit yang mendapatkan rawatan akibat penggunaan Retatrutide. -Foto ABC News

Salah seorang pesakit yang mendapatkan rawatan akibat penggunaan Retatrutide. -Foto ABC News

Laporan ketoksikan hati akut

Kebimbangan tersebut sejajar dengan pendedahan ABC News pada Jun lalu mengenai penggunaan produk yang dilabel sebagai Retatrutide.

Berdasarkan laporan, pihak berkuasa kesihatan di Victoria, Australia turut mengeluarkan amaran selepas menerima beberapa laporan ketoksikan hati akut melibatkan produk berkenaan.

Dalam beberapa kes, pesakit mengalami jaundis, iaitu keadaan yang menyebabkan mata dan kulit bertukar kuning.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan siasatan masih dijalankan dan produk yang digunakan dipercayai merupakan produk tidak sah yang dibeli di luar saluran rasmi.

Pengakuan pengeluar Retatrutide

Malah menurut jurucakap syarikat farmaseutikal Eli Lilly, yang sedang membangunkan Retatrutide, ubat berkenaan masih dalam ujian klinikal dan belum diluluskan untuk dijual kepada orang awam.

Susulan itu katanya, orang ramai  diingatkan supaya tidak membeli produk yang mendakwa mengandungi Retatrutide kerana kesahihan kandungannya tidak dapat dipastikan.

"Produk berkenaan sama ada merupakan barangan tiruan atau dijual semula di luar rantaian bekalan yang diluluskan, dan kedua-dua situasi itu boleh mendatangkan risiko serius terhadap kesihatan pengguna.

"Syarikat itu memaklumkan pihaknya sedang mengambil pelbagai langkah bagi membendung penularan produk tiruan dan tidak selamat, termasuk bekerjasama dengan agensi penguat kuasa, mengeluarkan amaran kepada orang ramai serta mengenal pasti kandungan berbahaya yang dijual menerusi platform dalam talian," tegasnya.

Artikel Lain