suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pantang petang mula cari boba, donut... Ini cara ‘control’ ketagihan gula tanpa perlu seksa diri

Ramai yang mengidam makanan manis selepas waktu makan tengah hari. -Gambar hiasan AI

PASTI ramai yang pernah berdepan situasi di mana tekak tiba-tiba terasa ingin menikmati makanan atau minuman manis.

Perasaan itu sering timbul selepas waktu makan tengah hari atau menjelang waktu petang sehingga ramai yang menganggapnya tabiat biasa.

Namun sebenarnya, tabiat tersebut boleh mengakibatkan seseorang itu menghidap obesiti atau masalah kesihatan yang lain jika tidak dikawal dengan sebaiknya.

Sehubungan itu, seorang pengguna Threads yang juga pelajar bidang perubatan, Akmal Hakim Hilman berkongsi cara untuk mengawal keinginan tersebut tanpa perlu menyeksa diri atau terus berhenti mengambil karbohidrat secara mendadak.

Ini tiga langkah yang menurutnya boleh membantu mengurangkan keinginan terhadap makanan manis atau sugar cravings.

Menyediakan snek 'kecemasan' boleh membantu mengurangkan keinginan untuk menikmati makanan manis. -Gambar hiasan AI

Menyediakan snek 'kecemasan' boleh membantu mengurangkan keinginan untuk menikmati makanan manis. -Gambar hiasan AI

1. Susun cara makan untuk elak lonjakan gula dalam darah

Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah terus mengurangkan pengambilan karbohidrat secara drastik sehingga memberi tekanan kepada tubuh.

Susulan itu, anda perlu memulakan hidangan dengan sumber protein terlebih dahulu, diikuti segelas air kosong sebelum suapan pertama serta memastikan setiap hidangan mengandungi sayur-sayuran atau makanan tinggi serat.

Langkah itu membantu mengurangkan lonjakan paras glukosa selepas makan, sekali gus membuatkan seseorang berasa lebih bertenaga dan kurang terdorong mencari makanan manis pada sebelah petang.

2. Kenal pasti punca sebenar keinginan makan manis

Ramai beranggapan rasa cravings yang dialami berpunca daripada makanan manis.

Namun menurut Akmal, keinginan tersebut adakalanya boleh berlaku akibat tekanan di tempat kerja, tidur yang tidak mencukupi atau faktor lain yang mempengaruhi hormon dan selera makan.

Justeru, mengenal pasti punca sebenar boleh membantu seseorang memilih kaedah yang lebih sesuai untuk mengatasinya berbanding terus mencapai makanan manis.

3. Sediakan snek lebih sihat sebagai 'pelan kecemasan'

Selain mengubah susunan makanan, Akmal turut menyarankan orang ramai menyediakan snek yang lebih mengenyangkan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Antara contoh yang dikongsikan ialah tempe, badam atau coklat gelap (dark chocolate) yang boleh dijadikan pilihan apabila keinginan terhadap makanan manis mula muncul.

Menurutnya, mempunyai pilihan snek yang lebih sihat boleh mengelakkan seseorang daripada membeli makanan atau minuman tinggi gula secara impulsif.

Artikel Lain