suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak ‘tercicir’ walau dah hantar tusyen, beli macam-macam buku? Cuba 7 tabiat ini jika mahu si kecil membesar kreatif dan tak ‘skema’

Meluangkan masa bersama boleh membantu membentuk pemikiran kritis dan kreatif anak-anak. -Gambar hiasan AI

RAMAI ibu bapa pada hari ini sanggup melaburkan wang ringgit untuk menghantar anak-anak ke kelas tambahan, membeli pelbagai gajet atau bahan pembelajaran canggih, serta menyusun jadual harian yang sangat padat dengan satu harapan besar iaitu mahu melihat zuriat mereka membesar sebagai individu yang cemerlang.

Namun malangnya, realiti kehidupan tidak selalu indah apabila terdapat segelintir anak yang tetap sukar memenuhi 'tanda aras' atau kehendak akademik tersebut, meskipun sudah diasuh dan dijaga dengan sebaik mungkin oleh orang tua mereka.

Anda yang berhadapan situasi tersebut bolehlah mencuba tip yang dikongsikan bapa kepada tujuh cahaya mata menerusi akaun @bababees_official di Tik Tok.

Baginya, kecerdasan anak bukan hanya dipengaruhi oleh pencapaian akademik, sebaliknya turut dibentuk melalui cara ibu bapa berinteraksi dan mendidik mereka sejak kecil.

Ini tujuh tabiat yang menurutnya mampu membantu membentuk pemikiran kreatif, kritis dan keyakinan dalam kalangan kanak-kanak.

1. Jangan terus beri jawapan kepada setiap soalan

Apabila anak bertanya sesuatu, cuba elakkan daripada terus memberikan jawapan. 

Sebaliknya, ajukan soalan balas seperti 'apa pendapat adik?' bagi menggalakkan mereka berfikir dan mencari penyelesaian sendiri.

Rumah yang bersepah dengan mainan membuktikan anak-anak sedang meneroka. -Gambar hiasan AI

Rumah yang bersepah dengan mainan membuktikan anak-anak sedang meneroka. -Gambar hiasan AI

2. Jangan terlalu risau jika rumah sedikit bersepah

Aktiviti kreatif seperti melukis, membina LEGO atau menghasilkan projek kecil sering menyebabkan rumah menjadi tidak teratur. 

Namun hakikatnya, suasana tersebut boleh membantu merangsang imaginasi serta pemikiran yang lebih fleksibel.

3. Kongsi pengalaman kegagalan sendiri

Ibu bapa juga digalakkan berkongsi pengalaman pernah gagal dalam pelajaran atau kerjaya. 

Ia sekali gus dapat mengajar anak bahawa kegagalan bukan penamat, sebaliknya sebahagian daripada proses untuk mencapai kejayaan.

4. Biasakan perbincangan terbuka di meja makan

Perbualan yang membenarkan setiap ahli keluarga memberi pandangan berbeza mampu melatih anak melihat sesuatu isu daripada pelbagai sudut sekali gus membentuk kemahiran berfikir secara kritis.

Mengajukan semula soalan dapat membina keyakinan diri anak-anak. -Gambar hiasan AI

Mengajukan semula soalan dapat membina keyakinan diri anak-anak. -Gambar hiasan AI

5. Sokong minat unik anak

Walaupun hobi tertentu kelihatan pelik atau tidak memberi manfaat secara langsung, ibu bapa disaran memberi ruang kepada anak meneroka minat mereka kerana rasa ingin tahu yang mendalam sering menjadi pencetus kepada kreativiti.

6. Jangan terlalu terikat dengan jadual

Jadual yang lebih fleksibel dikatakan mampu mengurangkan tekanan dalam keluarga dan memberi ruang kepada anak untuk belajar menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi secara semula jadi.

7. Tunjukkan emosi secara sihat

Anak juga perlu melihat ibu bapa meluahkan emosi secara terbuka seperti gembira, sedih atau kagum. 

Bagi @bababees_official kecerdasan emosi (EQ) memainkan peranan penting dalam membentuk individu yang matang dan berkeyakinan.

Artikel Lain