Rutin mengemas rumah boleh menjadi punca masalah kulit tidak berjaya sembuh sepenuhnya. -Gambar hiasan AI
MEMANG merunsingkan apabila masalah kulit atau ekzema masih kerap kembali walaupun pelbagai jenis krim telah disapu.Situasi yang berlaku itu membuatkan ramai beranggapan ubat yang digunakan tidak berkesan seterusnya mendorong penghidap bertukar-tukar produk. Berkongsi mengenai perkara itu, Pakar Dermatologi di Sunway Medical Centre Penang, Dr. Low Dy-Win berkata, ekzema yang berulang berkemungkinan berpunca daripada rutin harian yang tanpa disedari terus mendedahkan kulit kepada alergen.Jelas beliau, antara pencetus yang sering diabaikan ialah alahan terhadap hama habuk (dust mite).Menurutnya, dia pernah menerima seorang pesakit yang mengadu ekzema masih kerap 'flare' walaupun sudah menggunakan semua ubat yang diberikan."Apabila saya semak semula keputusan ujian alahan, pesakit itu didapati positif terhadap hama habuk."Saya kemudian bertanya apa kerja yang selalu dilakukan di rumah. Dia menjawab setiap hari mengemas rumah, mengelap rak, mencuci langsir dan mengemas bilik stor," katanya menerusi satu perkongsian di Threads.Jelas Dr. Low, rutin tersebut sebenarnya menyebabkan pesakit terus terdedah kepada pencetus utama ekzema kerana habuk dan alergen mudah berterbangan ketika aktiviti pembersihan dilakukan."Keadaan itu bukan bermakna pesakit tidak boleh mengemas rumah, sebaliknya mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya mempunyai alahan terhadap hama habuk," jelasnya.Mereka yang mempunyai masalah ekzema perlu mendapatkan bantuan lain bagi kerja-kerja pembersihan. -Gambar hiasan AIBerikut antara langkah yang dikongsikannya.1. Pakai pelitup muka ketika mengemasHabuk yang berterbangan ketika menyapu atau mengemas boleh memasuki saluran pernafasan dan terkena kulit. Penggunaan pelitup muka dapat membantu mengurangkan pendedahan kepada alergen.2. Minta bantuan ahli keluargaSekiranya perlu mengemas kawasan yang terlalu berhabuk seperti stor atau loteng, lebih baik meminta bantuan ahli keluarga lain bagi mengurangkan risiko ekzema kembali meradang.3. Gunakan vakum dengan penapis HEPAVakum yang dilengkapi penapis HEPA lebih berkesan memerangkap habuk halus dan alergen berbanding vakum biasa, sekali gus membantu mengurangkan pencetus ekzema di dalam rumah.4. Basuh cadar dan sarung bantal menggunakan air panasHama habuk banyak berkumpul pada tilam, bantal dan cadar, oleh itu mencuci kelengkapan tempat tidur secara berkala dengan menggunakan air panas dapat membantu mengurangkan kehadiran alergen tersebut.5. Kurangkan pengumpulan habuk di rumahMenurut Dr. Low, langsir tebal, karpet serta patung berbulu merupakan antara tempat yang mudah memerangkap habuk. Oleh itu, dengan mengurangkan penggunaan barangan tersebut boleh membantu mengawal pendedahan kepada alergen.6. Mandi dan tukar pakaian selepas mengemasSelepas selesai melakukan kerja pembersihan, mandi dan menukar pakaian dapat membantu menyingkirkan habuk yang melekat pada kulit dan pakaian.Dr. Low turut mengingatkan bahawa rawatan ekzema bukan sekadar bergantung kepada penggunaan krim semata-mata, sebaliknya pesakit juga perlu mengenal pasti dan mengelakkan pencetus yang menyebabkan kulit terus mengalami keradangan.