suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rupanya letak ‘besi’ dalam nasi, sup boleh tambah zat! Bagus untuk geng anemia tapi penghidap penyakit ini sila elak

Penggunaan jongkong besi dalam masakan boleh membantu menambahkan zat tanpa rasa mahupun bau. -Gambar hiasan AI

KEKURANGAN zat besi merupakan antara masalah kesihatan yang sering berlaku sejak zaman dahulu, terutama dalam kalangan ibu hamil dan individu yang mengalami anemia.

Selain mengambil makanan kaya zat besi atau suplemen tambahan, terdapat juga pelbagai kaedah yang dikatakan mampu meningkatkan kandungan mineral tersebut dalam makanan termasuk menggunakan besi tuang (cast iron) atau jongkong besi ketika memasak.

Kaedah itu mula menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads, @Lylaurent, berkongsi mengenai manfaatnya,

"Saya baru tahu yang masyarakat Jepun meletakkan besi khas (iron cast) dalam nasi atau sup semasa memasak.

"Tujuannya untuk menambah zat besi dalam makanan tanpa ubah rasa mahupun bau. Cara ini bagus untuk orang biasa atau yang ada masalah anemia tapi tidak sesuai untuk penghidap thalassemia," ujarnya.

Perkongsiannya itu turut disokong dengan beberapa kajian yang telah dibuat daripada pelbagai institut kesihatan sebelum ini seperti dikongsikan dalam PubMed Central (PMC).

Makanan yang mempunyai kandungan lembapan tinggi didapati menyerap lebih banyak zat besi. -Foto Threads Lylaurent

Makanan yang mempunyai kandungan lembapan tinggi didapati menyerap lebih banyak zat besi. -Foto Threads Lylaurent 

1. Kajian mendapati kandungan zat besi dalam makanan boleh meningkat

Menurut satu kajian semakan sistematik yang menghimpunkan 13 kajian dari beberapa negara, memasak menggunakan periuk besi atau jongkong besi didapati meningkatkan kandungan zat besi dalam makanan. 

Malah, beberapa kajian turut menunjukkan peningkatan paras hemoglobin dalam kalangan individu yang mengalami kekurangan zat besi.

2. Kesannya bergantung kepada jenis makanan

Kajian sama mendapati jumlah zat besi yang dilepaskan tidak sama bagi setiap hidangan. 

Namun makanan yang mempunyai kandungan lembapan tinggi atau bersifat sedikit berasid didapati menyerap lebih banyak zat besi berbanding makanan yang kering.

3. Boleh membantu mengurangkan risiko anemia kekurangan zat besi

Penyelidik menyimpulkan penggunaan periuk besi atau jongkong besi berpotensi menjadi antara strategi yang mudah dan menjimatkan untuk membantu mengurangkan masalah anemia kekurangan zat besi, khususnya di negara membangun yang mempunyai akses terhad kepada makanan kaya zat besi.

4. Anggap sebagai pelengkap, bukan pengganti pemakanan seimbang

Secara keseluruhannya, penggunaan besi tuang atau jongkong besi ketika memasak boleh dijadikan salah satu usaha untuk meningkatkan pengambilan zat besi. 

Walau bagaimanapun, ia tetap perlu disertai dengan pemakanan seimbang dan mendapatkan nasihat doktor sekiranya disahkan mengalami anemia atau kekurangan zat besi.

Artikel Lain