suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nampak comel, syok dipicit... ‘Squishy’ rupanya racun dalam senyap, jaga-jaga mengandungi bahan kimia berlebihan

Ibu bapa perlu pantau permainan squishy dumpling yang dimain anak-anak. -Gambar hiasan AI

SIAPA tidak tertarik melihat permainan berwarna-warni dan lembut, lebih-lebih lagi apabila ia sedang menjadi trend di media sosial.

Malah perkongsian video memicit permainan ‘squishy’ yang kelihatan lembut dan memuaskan menyebabkan ramai individu, khususnya kanak-kanak teringin memilikinya.

Namun di sebalik rupa comel dan menarik itu, terdapat produk tertentu yang dikhuatiri boleh mendatangkan risiko terhadap kesihatan.

Perkara tersebut dikongsikan seorang lelaki di Thread selepas mendapati mainan squishy dumpling yang popular ketika ini memberi kesihatan buruk pada kesihatan.

Kebimbangan itu timbul selepas dia menemui satu notis penarikan balik produk di United Kingdom (UK) yang melaporkan kewujudan risiko bahan kimia pada permainan seumpamanya.

"Ibu bapa tolong ambil perhatian, squishy dumpling ni memang tengah viral sekarang dalam kalangan anak-anak.

"Tapi ada laporan dari UK yang kata benda ni ada side effect untuk kesihatan, kalau ada anak-anak yang main... boleh consider untuk buang," ujarnya.

Notis yang dikeluarkan OPSS pada 25 Jun lalu.

Notis yang dikeluarkan OPSS pada 25 Jun lalu.

Berdasarkan semakan di laman rasmi kerajaan UK, Office for Product Safety and Standards (OPSS), notis penarikan balik bagi produk dikenali sebagai Squeezy Dumplings dengan nombor rujukan PSD 2606-0196 telah dikeluarkan pada 25 Jun lalu.

Produk keluaran China yang diedarkan oleh Samsons Cash and Carry Ltd itu berupa bekas plastik berbentuk bakul berisi sebiji permainan ladu daripada polimer plastik lembut.

Menurut notis berkenaan, lapisan luar produk tersebut didapati mengandungi kepekatan benzena berlebihan sebanyak 20 miligram bagi setiap kilogram (mg/kg), sekali gus dikategorikan sebagai risiko kimia serius.

Sekiranya dihidu, benzena boleh menyebabkan kerengsaan pada mata, hidung dan tekak, manakala pendedahan dalam kuantiti yang banyak pula berpotensi menyebabkan rasa terbakar pada saluran pencernaan serta kerengsaan kulit.

Produk berkenaan turut didapati tidak memenuhi keperluan Peraturan Keselamatan Mainan 2011 di UK, selain memerlukan penambahbaikan dari segi pelabelan serta penandaan.

Susulan itu, syarikat pengedarnya sudah menarik balik produk tersebut daripada pengguna, manakala pemilik dinasihatkan agar berhenti menggunakannya dan menyimpannya jauh daripada capaian kanak-kanak.

Bagaimanapun, notis OPSS itu merujuk secara khusus kepada produk Squeezy Dumplings yang diedarkan oleh syarikat berkenaan dan bukannya semua permainan ‘squishy dumpling’ di pasaran.

Artikel Lain