MEMILIKI penampilan menarik semakin menjadi trend sehingga ada yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mengurangkan berat badan dengan pantas.Dalam mengejar bentuk tubuh idaman, pembedahan bariatrik dan terbaharu suntikan mula menjadi pilihan ramai bagi hasil yang pantas. Namun matlamat untuk kurus tidak seharusnya mengatasi kepentingan dalam mengamalkan gaya hidup sihat.Ini kerana cara digunakan mungkin tidak memberikan hasil berkekalan sekiranya tabiat pemakanan dan rutin harian masih tidak berubah.Perkara itu ditegaskan oleh seorang doktor di Kedah Medical Centre yang juga individu bertanggungjawab di sebuah pusat dialisis serta penulis e-buku Jutawan Sihat, Dr Nazil Nuhairi.Menerusi satu perkongsian di Facebook, Dr Nazil memberitahu salah seorang kenalannya menghabiskan kira-kira RM5,000 mengambil suntikan Mounjaro untuk mengurangkan berat badan.Pada awalnya, rakannya itu berjaya mengurangkan berat badan sebanyak lima kilogram namun mengadu proses itu terhenti. Ramai yang menjadikan suntkan Mounjaro sebagai jalan mudah untuk kurus. -Gambar hiasan AIUjarnya, ketika mendengar luahan tersebut, rakannya itu tanpa rasa bersalah sedang menikmati ais krim yang jelas antara punca suntikan Mounjaro tidak lagi memberi kesan."Seorang lagi kawan menjalani pembedahan bariatrik tetapi mengadu berat badannya naik semula. Sudah habis belasan ribu ringgit," katanya.Menurut Dr Nazil, niat menurunkan berat badan memang baik dan tidak melihat penggunaan kaedah seperti suntikan atau pembedahan bariatrik sebagai satu masalah.Namun tegasnya, seseorang perlu memahami kaedah berkenaan bukan jalan pintas membolehkan mereka mengabaikan penjagaan makanan dan rutin harian."Mereka tidak memahami punca berat badan naik adalah disebabkan gaya hidup terutama pemakanan."Buatlah apa pun, ia hanya sebagai permulaan. Untuk jangka masa panjang tetap perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup," jelasnya.Bagi membantu mengekalkan berat badan ideal, Dr Nazil berkongsi lima amalan yang boleh dilakukan.Mengamalkan gaya hidup sihat dapat memastikan tahap kesihatan yang baik. -Gambar hiasan AI1. Berpuasa antara 12 hingga 16 jamMenurutnya, tempoh berpuasa dapat memberi ruang kepada tubuh menggunakan simpanan karbohidrat yang ada.2. Berjalan pantas ketika berpuasaBeliau turut mencadangkan aktiviti berjalan pantas selama kira-kira 20 minit sebelum waktu berbuka. Bagaimanapun Dr Nazil tidak menggalakkan aktiviti lebih berat seperti berjoging atau berlari ketika itu.3. Berbuka dengan makanan rendah karbohidratKetika berbuka, utamakan makanan tinggi protein dan serat serta kurangkan pengambilan karbohidrat.Jelasnya, berpuasa bukan alasan untuk ‘membalas dendam’ dengan mengambil makanan dan minuman manis secara berlebihan.4. Pastikan tubuh mendapat kalori mencukupiDalam usaha menurunkan berat badan, seseorang tidak seharusnya makan terlalu sedikit sehingga keperluan tenaga dan nutrien harian tidak dipenuhi.5. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahanPengambilan sayur dan buah perlu diberikan perhatian kerana kedua-duanya membekalkan serat serta nutrien penting kepada tubuh.