suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak kerap hilang fokus, ibu ganti kismis dengan dark chocolate... Hasil ‘eksperimen’ menjadi tapi ada syaratnya!

Dark chocolate dipercayai membantu anak-anak mendapatkan fokus. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri membantu anak kekal fokus ketika mengulang kaji untuk menduduki peperiksaan.

Selain memastikan anak mendapat rehat dan pemakanan bernutrisi, ada juga sanggup mencuba pelbagai kaedah selepas membaca perkongsian atau kajian dikatakan mampu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan.

Begitulah pengalaman dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, Nabila Abd Malek apabila dia menjalankan 'eksperimen' kecil terhadap anaknya dengan memberikan coklat gelap (dark chocolate) sebelum peperiksaan.

Menurut Nabila, idea itu tercetus selepas dia membaca satu artikel yang menyatakan pengambilan coklat gelap berpotensi membantu meningkatkan fokus ketika belajar.

Ini disebabkan anaknya tidak gemar makan kismis yang sinonim untuk membantu daya ingatan dan memilih coklat gelap sebagai alternatif.

Segelintir anak remaja sering mengalami masalah kurang fokus. -Gambar hiasan AI

Segelintir anak remaja sering mengalami masalah kurang fokus. -Gambar hiasan AI

"Tak sangka menjadi. Saya pernah terbaca satu artikel daripada seorang doktor yang berkongsi dia akan beri anak makan dark chocolate dan anak dia dekan berturut-turut.

"Selain latihan dan kelas tambahan, dark chocolate juga turut membantu kerana anak saya jenis kurang fokus, tak salah mencuba... makan yang kandungan 70 peratus ke atas," ujarnya berkongsi pengalaman.

Menerusi perkongsian itu, Nabila turut memuat naik beberapa paparan artikel yang menjelaskan antara manfaat coklat gelap terhadap fungsi otak termasuk kandungan flavonoid, teobromina dan sedikit kafein.

Dakwaan tersebut selari dengan beberapa kajian daripada PubMed Central yang mendapati coklat gelap kaya dengan flavanol, iaitu sejenis flavonoid yang dipercayai boleh menyokong fungsi otak. 

Penyelidik berpendapat bahan itu berpotensi meningkatkan aliran darah ke otak serta memberi kesan positif terhadap fungsi kognitif seperti perhatian, memori dan keupayaan memproses maklumat.

Bagaimanapun, penyelidik turut menjelaskan bukti saintifik yang ada ketika ini masih belum mencukupi untuk mengesahkan pengambilan dark chocolate mampu meningkatkan prestasi pembelajaran atau keputusan peperiksaan. 

Sebaliknya, manfaat tersebut bergantung kepada pelbagai faktor termasuk corak pemakanan, tidur yang mencukupi dan gaya hidup secara keseluruhan.

Artikel Lain