suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu drastik rampas telefon… Ibu kongsi kaedah ‘soft detox’ atasi anak ketagih gajet, emosi si kecil pun kekal tenang!

Aktiviti bersama anak-anak mampu mengurangkan kebergantungan mereka terhadap gajet. -Gambar hiasan AI

MEMBESARKAN anak dalam era digital tidak mudah apabila gajet kerap jadi 'penyelamat' ibu bapa untuk menenangkan si kecil ketika sibuk dengan uruskan harian.

Namun begitu, sekiranya penggunaan skrin dibiarkan tanpa kawalan, si kecil boleh mula menunjukkan tanda terlalu bergantung kepada telefon atau tablet sehingga sukar melakukan aktiviti lain.

Berkongsi pengalaman di Threads, pengguna dikenali sebagai Sabila Suhaimi berkata, tidak semua ibu bapa bersedia menggunakan pendekatan drastik atau cold turkey untuk menghentikan penggunaan skrin anak secara serta-merta.

Menurutnya, dia sendiri memahami situasi tersebut kerana pernah menjadikan skrin sebagai 'penyelamat' ketika perlu menguruskan kerja rumah atau berehat seketika.

"Kalau dibiarkan terlalu lama, anak akan semakin bergantung pada skrin untuk rasa seronok dan tenang," katanya.

Sehubungan itu, Sabila berkongsi kaedah soft detox yang menurutnya boleh membantu ibu bapa mengurangkan kebergantungan anak terhadap skrin secara berperingkat.

Aktiviti mewarna dan melukis dapat membantu anak-anak cepat belajar

Aktiviti mewarna dan melukis dapat membantu anak-anak cepat belajar

1. Kenal pasti tanda anak terlebih rangsangan (overstimulated)

Mengenal pasti sama ada anak sudah menunjukkan tanda terlalu bergantung kepada skrin penting bagi membantu mereka menangani masalah dialami.

Antara petandanya termasuk cepat marah atau menangis apabila diminta berhenti menonton, sukar memberi tumpuan kepada aktiviti lain, tidak boleh duduk diam, mengalami masalah tidur serta kelihatan termenung walaupun sedang bermain.

2. Kurangkan masa skrin sedikit demi sedikit

Sabila menyarankan ibu bapa memotong tempoh penggunaan skrin kira-kira 15 minit bagi setiap sesi.

Pada masa sama, kandungan video pantas seperti YouTube Shorts atau TikTok Kids boleh digantikan dengan kandungan lebih santai dan berbentuk pendidikan bagi membantu mengurangkan rangsangan berlebihan.

Ia secara tidak langsung dapat membantu mereset semula deria sensori yang sudah overflooded.

3. Gantikan dengan aktiviti dunia sebenar

Menurutnya, anak masih memerlukan keseronokan dan rangsangan, tetapi ia boleh diperoleh melalui aktiviti harian yang lebih bermanfaat.

Antara cadangannya ialah bermain playdough, permainan masak-masak, melakukan aktiviti mewarna atau lembaran kerja, selain bermain di luar rumah seperti di kawasan berumput, pasir atau air.

Waktu skrin perlu dikawal bagi memastikan anak-anak dapat melakukan pelbagai aktiviti bermanfaat. -Gambar hiasan AI

Waktu skrin perlu dikawal bagi memastikan anak-anak dapat melakukan pelbagai aktiviti bermanfaat. -Gambar hiasan AI

4. Tetapkan waktu khas untuk skrin

Ibu bapa digalakkan menetapkan screen window atau waktu khusus untuk anak menggunakan gajet.

Sebagai contoh, skrin hanya dibenarkan antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari atau 6 petang hingga 6.30 petang.

Dengan cara ini, anak memahami gajet hanya boleh digunakan pada waktu tertentu, bukan setiap kali diminta.

5. Cuba hari tanpa skrin apabila keadaan semakin stabil

Apabila anak sudah mula menyesuaikan diri, ibu bapa boleh mencuba satu atau dua hari tanpa skrin dengan menggantikannya kepada aktiviti yang lebih tenang.

Membaca buku, melukis, bermain puzzle, permainan papan atau meluangkan masa bersama keluarga dapat menenangkan anak sekali gus membantu mereka menjadi fokus.

Artikel Lain