suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jimin (BTS) dinobat 'King Of K-Pop 2019', Kang Daniel tempat kedua!

Jimin meraih gelaran King Of K-pop 2019 hasil undian peminat. Foto Allkpop

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu Jimin diumumkan sebagai King Of K-Pop 2019 hasil undian peminat di laman King Choice.

Menurut laporan Allkpop, Jimin menduduki tangga pertama setelah menerima sebanyak 1,275,292 undian daripada peminat seluruh dunia.

Ia menewaskan penyanyi Kang Daniel yang sekadar meraih tempat kedua.

King Choice merupakan laman sesawang yang melakukan undian awam mengenai industri hiburan dunia.

Undian untuk kategori King Of K-Pop 2019 ditutup pada 15 Ogos lalu.

Selain Jimin, anggota kumpulan yang lain seperti Kim Taehyung (V) menduduki tangga ketiga, diikuti Jungkook tempat keempat dan RM di posisi kelima.

Terdahulu Jimin menyertai Big Hit Entertainment pada 2012 dan muncul dengan single pertama bersama anggota yang lain pada 2013.

Jimin pernah berada dalam kelompok 100 lelaki kacak dunia anjuran TC Candler's pada tahun 2017 dan 2018.

Dia turut memenangi Top K-Kpop Artist Individual di Peeper x Billboard Award.

SUMBER: CNN

Jimin, BTS

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia