Setelah 12 tahun bercinta... akhirnya The Rock kahwini kekasih

Setelah 12 tahun menjalin cinta, akhirnya pasangan ini memilih untu berkahwin.

SETELAH 12 tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Dwayne Douglas Johnson mengesahkan dia sudah berkahwin dengan Lauren Hashian pada Ahad lalu.

Menurut laporan CBS News, Dwayne atau lebih dikenali sebagai The Rock dan isterinya mengumumkan mengenai perkara itu menerusi laman Instagram.

"We do. August 18th, 2019. Hawaii. Pōmaikaʻi (blessed)," tulisnya pada Selasa lalu.

Menerusi foto yang dimuat naik, The Rock mengenakan baju kemeja dan seluar putih sementara isterinya menggenggam sejambak bunga sambil menggayakan gaun pengantin.

The Rock turut berkongsi foto mencium isterinya itu.

The Rock berkongsi berita gembira itu di Instagram.

Gambar tersebut dirakam di sebuah pantai peranginan di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, People melaporkan pasangan ini bertemu pertama kali pada tahun 2006 ketika Dwayne menjalani penggambaran filem The Game Plan.

Mereka mula serius menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2007 dan dikurniakan dua orang anak.

Ini merupakan perkahwinan kedua The Rock.

Bulan lalu, heboh khabar angin mengatakan pasangan ini sudah berumah tangga namun The Rock menafikan berita itu dan memberitahu enggan terburu-buru dalam hal tersebut.

SUMBER: CBS NEWS

The Rock, Lauren Hashian

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia