suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas 13 jam dibedah, Lee Pil Mo dan isteri timang bayi lelaki

Lee Pil Mo meluahkan rasa gembira dengan kehadiran anak pertamanya.

PASANGAN selebriti Lee Pil Mo dan Seo Soo Yeon meluahkan rasa teruja menyambut kelahiran bayi lelaki sulung mereka pada 14 Ogos lalu.

Menerusi laporan Soompi, agensi Lee Pil Mo berkongsi berita gembira itu dan memberitahu bayi serta isterinya kini dalam keadaan baik.

"Isteri kepada Lee Pil Mo iaitu Seo Soo Yeon telah melahirkan bayi lelaki mereka pada 14 Ogos lalu. See Soo Yeon dan bayinya dalam keadaan baik sahaja," kata agensi.

Isteri Lee Pil Mo dan bayi mereka dalam keadaan baik.

Lee Pil Mo dan Seo Soo Yeon pertama kali bertemu ketika merakam program realiti Taste of Dating dan mereka mendirikan rumah tangga pada 9 Februari lalu selepas lima bulan bercinta.

Selepas dua bulan berkahwin pada 5 April lalu, pasangan itu mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

Sebelum ini, Lee Pil Mo pernah memberitahu kehidupan dia bakal berubah dengan kehadiran anaknya dan tidak sabar untuk membawa tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Menerusi Instagramnya, Lee Pil Mo meluahkan rasa gembira dengan kelahiran bayinya selepas isterinya bertarung nyawa selama 13 jam di dalam bilik bedah.

Lee Pil Mo, Seo Soo Yeon

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia