“Mereka belum bersedia untuk berpisah” - Keluarga harap Miley Cyrus dan Liam Hemsworth berbaik - Bintang Global | mStar

“Mereka belum bersedia untuk berpisah” - Keluarga harap Miley Cyrus dan Liam Hemsworth berbaik

Pihak keluarga meminta Miley dan Liam berbincang semula sebelum membuat keputusan muktamad.

SELEPAS penyanyi Miley Cyrus mengejutkan dunia hiburan dengan mengumumkan berita perpisahannya dengan Liam Hemsworth, keluarga kedua-dua belah pihak pula mengharapkan sebaliknya.

Menurut laporan Cosmopolitan.com, sumber terdekat mendedahkan keluarga Miley dan Liam sedang berusaha untuk memulihkan kembali hubungan selebriti itu dan bersetuju untuk memberikan tempoh bertenang buat kedua mereka.

“Pihak keluarga menasihatkan mereka untuk mengambil tempoh bertenang sebelum membuat keputusan muktamad.

“Mereka tak sangka Miley dan Liam sedang berdepan kemelut rumah tangga dan mereka sangat sedih sebaik mengetahui perkara ini,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Miley Cyrus mengumumkan perpisahan dengan suaminya, Liam Hemsworth selepas hanya lapan bulan berkahwin.

Miley memberitahu keputusan itu dibuat secara baik oleh mereka selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Lebih teruk apabila pelbagai spekulasi timbul selepas pengumuman itu termasuk tabiat buruk Miley yang menjalinkan hubungan cinta dengan kaum sejenis menjadi punca perpisahan dia dan suami.

Miley Cyrus , Liam Hemsworth

Artikel Lain