suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model 'plus size' Ashley Graham umum hamil anak pertama pada ulang tahun perkahwinan ke-9

PASANGAN selebriti Ashley Graham dan suaminya pengarah Justin Ervin mengumumkan berita gembira sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke sembilan.

Model ‘plus size’ ini akhirnya mendedahkan kehamilan anak pertama mereka sebagai hadiah paling bermakna buat dia dan suami.

Menerusi Instagram miliknya minggu lalu, Ashley memuat naik video memperlihatkan perutnya yang mula membesar sambil menjerit ‘surprise’.

Ashley umum kehamilan anak pertama.

Dia turut menulis kapsyen meluahkan rasa syukur bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

"Hari ini 9 tahun yang lalu, saya berkahwin dengan pujaan hatiku. Ini adalah perjalanan terbaik bersama orang yang paling saya sukai di dunia!

"Hari ini, kami merasa sangat diberkati, bersyukur, dan bersemangat untuk merayakan keluarga kami yang akan bertambah. Happy anniversary @mrjustinervin. Hidup kita akan menjadi lebih baik lagi" ujarnya.

SUMBER: PEOPLE.com

Ashley Graham

Artikel Lain