suria

Diberi dadah, dirogol ketika usia 14 tahun, penyanyi pop popular Amerika Syarikat saman penerbit

Seorang penyanyi pop terkenal memfailkan saman terhadap penerbit lagu yang didakwa melakukan serangan seksual terhadapnya ketika berusia 14 tahun.

SEORANG penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap penerbit lagu atas tuduhan melakukan serangan seksual dan memberi dadah ketika dia berusia 14 tahun.

Menurut laporan Mirror.uk, penyanyi yang enggan identitinya didedahkan itu telah dicabul sewaktu dia mula-mula merakamkan album di sebuah studio terkenal.

"Ia dilakukan oleh seorang penerbit lagu dari syarikat rakaman terkenal, disayangi dan amat disegani dalam sejarah dunia," ujarnya.

Selebriti itu mendedahkan penerbit lagu yang juga merupakan mentor kepadanya mula berkelakuan pelik apabila lelaki itu mengawal setiap pergerakan, memberitahu dia mencintainya dan mereka adalah soulmates.

Penyanyi pop itu dicabul sewaktu sedang merakamkan album di sebuah studio.

Menurutnya lagi, perbuatan tidak senonoh itu berlarutan sepanjang dua tahun dimana lelaki itu turut meraba tubuh termasuk alat sulitnya.

Selain itu, dia mendakwa, penerbit lagu itu telah memberikannya dadah sebelum dia dirogol.

Berdasarkan laporan yang dibuat, penyanyi pop itu mendakwa ibunya juga telah dimanipulasi individu berkenaan agar dia boleh mendekatinya.

Insiden itu dilaporkan berlaku di beberapa lokasi berlainan termasuk di dalam kereta, hotel, dan di set penggambaran muzik video Warner Bros.

penyanyi pop, dirogol

Artikel Lain