Percintaan 6 tahun musnah, Jamie Foxx dan Katie Holmes putus cinta - Bintang Global | mStar

Percintaan 6 tahun musnah, Jamie Foxx dan Katie Holmes putus cinta

Hubungan Jamie dan Katie berakhir selepas aktor itu dilihat berpegangan tangan dengan wanita lain.

PASANGAN selebriti terkenal Jamie Foxx dan Katie Holmes akhirnya mengesahkan hubungan cinta mereka sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, Katie memberitahu rakan-rakannya mengenai perkara itu selepas Jamie dilihat berpegangan tangan dengan penyanyi Sela Vave.

"Apa yang Jamie lakukan sekarang ini tiada kaitan dengan saya. Kami sudah tidak bersama sejak beberapa bulan yang lalu," katanya.

Pada April lalu, Jamie dan Katie pernah menegaskan mereka masih lagi menjalinkan hubungan cinta secara rahsia dan menafikan dakwaan yang mengatakan hubungan tersebut sudah berakhir.

Jamie dan Katie mula bercinta sejak 2013.

Sebelum ini, E! News pernah melaporkan Jamie dan Katie sudah tidak lagi bersama sebagai pasangan kekasih sejak Mei lalu selepas aktor tersebut dilihat bersama wanita lain.

Hubungan istimewa antara Jamie dan Katie mula menjadi bualan ramai sejak 2013 namun pasangan ini tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai kisah cinta mereka.

Bagaimanapun, Jamie dan Katie mula mengesahkan hubungan cinta selepas foto mesra mereka berpegangan tangan di Malibu pada 2017 tersebar.

Jamie Foxx , Katie Holmes

Artikel Lain