suria

Blackpink sambut ulang tahun ke-3 sejak pelancaran album pertama Ogos 2016

Blackpink sambut ulangtahun ketiga kumpulan mereka. Foto: Soompi

KUMPULAN Kpop popular Blackpink menyambut ulang tahun ketiga selepas kemunculan album pertama berjudul Square One yang dilancarkan pada 8 Ogos 2016.

Menurut laporan Soompi, peminat Blackpink meraikan ulang tahun tersebut dengan mewujudkan hashtag #ThreeYearsWithBlackpink.

Peminat yang dikenali sebagai Blinks berkongsi rasa bangga dan teruja atas kejayaan kumpulan ini membina nama sehingga dikenali seluruh dunia.

Sementara itu menerusi laman Instagram, keempat-empat anggota Blackpink memuat naik kapsyen istimewa untuk peminat mereka.

"Sesuatu yang tak berubah, tiga tahun bersama tiga gadis ini telah membawa banyak kegembiraan dalam hidup. Tahun terakhir ini sangat luar biasa. Selamat ulang tahun ketiga," tulis Jennie.

"Sayangku ini ulang tahun ketiga kami hari ini. Selamat hari jadi Blackpink, akhirnya kita berusia tiga tahun. Saya sangat bangga dengan perjuangan masing-masing. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjadikan kita seperti hari ini," kata Rose.

"Selamat ulangtahun ketiga untuk Blinks dan mari kita terus menghargai dan saling mencintai. Kami akan terus berusaha menjadi yang terbaik untuk kalian," luah Jisoo pula.

"Tiga tahun Blackpink dan Blinks. Saya sangat mencintaimu XOXO," tulis Lisa pula.

SUMBER: Soompi

Blackpink, Blink

Artikel Lain