suria

Nick Jonas jual rumah di LA, cari kediaman mewah untuk Priyanka Chopra

Nick berhasrat untuk membeli rumah yang lebih selesa buat Priyanka Chopra.

PENYANYI Nick Jonas sanggup menjual rumah yang dibeli ketika bujang demi memberi keselesaan kepada isterinya, Priyanka Chopra.

Menurut laporan Timesofindia.com, Nick menjual rumah agamnya yang terletak di Los Angeles kerana ingin membeli kediaman baharu yang lebih mewah.

Nick dikhabarkan sedang mencari rumah baharu yang dianggarkan bernilai sekitar RM84 juta.

Walaupun kediaman di Beverly Hills yang dibelinya pada April tahun lalu dengan harga RM30 juta itu dikatakan sudah cukup sempurna buat pasangan itu namun Nick mahukan kediaman baharu bersama Priyanka.

Rumah lama Nick yang berkeluasan 3,143 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur dan empat bilik mandi.

Ia dilengkapi dengan kolam cantik, tingkap-tingkap besar serta pemandangan yang menakjubkan.

Rumah yang dibina pada tahun 2015 itu terletak di kejiranan Beverly Crest di Los Angeles, iaitu lokasi popular bagi ramai lagi selebriti lain.

Nick Jonas, Priyanka Chopra

Artikel Lain